Elyana sambut hari jadi penuh kesyukuran

Elyana sambut hari jadi penuh kesyukuran

Sambut hari jadi esok, Elyana syukur Allah beri kesihatan semula

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Elyana Emrizal yang akan meraikan hari lahirnya ke-34, esok, mengakui amat bersyukur kerana Allah memberikannya kesihatan semula walaupun tidak 100 peratus.



Elyana yang kini berjuang menghadapi kanser limfoma tahap empat dihidapinya, ketika dihubungi berkata tiada apa yang diharapkannya sangat, kecuali doa berterusan daripada orang ramai untuk dia terus sihat, panjang umur dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Untuk hari jadi kali ini (esok), saya sangat bersyukur sebab Allah beri semula kesihatan saya walaupun tidak 100 peratus pulih sepenuhnya. Alhamdulillah, saya sekarang dah dapat bernafas dengan lebih sempurna sedikit dari sebelum ini kerana sesak nafas.

“Saya berharap kalian semua terus doakan saya untuk terus kuat dan sihat saja, termasuk panjang umur serta bahagia. Selain keluarga dan anak-anak, terima kasih juga kerana sentiasa buat saya gembira dan kekal bersemangat,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas keadaan dirinya sejak dibenarkan pulang ke rumah pada 28 Jun lalu, Elyana berkata dia kini berhadapan kesan rawatan radioterapi dilakukannya sebanyak 10 sesi pusingan, baru-baru ini.



Katanya, dia sekarang mengalami sakit-sakit badan, ulser dalam mulut dan sedikit sukar hendak menelan makanan kerana rawatan radioterapi itubdilakukannya di bahagian dada.

“Bagaimanpun, syukur alhamdulillah selera makan saya sudah pulih dan kini nikmatnya sangat dirasai dan dihargai. Kalau sebelum ini, saya setahun tak boleh makan sebab tak ada selera langsung.

“Cuma, walaupun selera makan saya dah ada tapi, berat badan pula turun sedikit iaitu 39 kilogram (kg) daripada 42 kg ketika berada di hospital menjalani rawatan, baru-baru ini,” katanya lagi.

Elyana yang cukup popular dengan lagu Kalis Rindu sudah menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu. Bagaimanapun, dia hanya membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu pada 2017 lalu.



Terdahalu, Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun. Utusan

Elyana sambut hari jadi penuh kesyukuran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bantu Rakyat Menderita, Bukan Bantu Bank

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker