Tekanan pandemik, tutup syarikat di Turki dan pulang ke Malaysia

Tekanan pandemik, tutup syarikat di Turki dan pulang ke Malaysia. SEORANG pemilik syarikat pelancongan di Istanbul, Turki mengambil keputusan menutup perniagaan di negara berkenaan dan pulang ke Malaysia bagi menjalankan perniagaan syarikat pelancongan.

Mohd Khalid Mohd Pattali, 37, berkata, nasib tidak menyebelahinya apabila syarikat itu tidak dapat beroperasi akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Apabila berlakunya pandemik, saya mengambil masa tiga bulan untuk menyesuaikan diri dengan menguruskan pakej pelancongan yang terpaksa dibatal atau ditunda.



“Menjelang Mei 2020, saya rasakan pandemik ini tidak akan surut dalam masa terdekat. Jadi saya ambil inisiatif untuk terus bergerak menjana pendapatan. Peluang yang saya nampak ketika itu ialah berniaga dalam talian dan di tepi jalan.

“Disebabkan hubungan baik dengan rakan di Istanbul, saya membawa masuk makanan berbentuk manisan ke Malaysia iaitu Turkish Delight dan Baklava.

“Alhamdulillah, sambutan menggalakkan kerana manisan yang saya bawa memang segar dari Spice Bazaar Istanbul,” katanya.

Tidak cuma bergantung kepada perniagaan dalam talian, saya juga membuka perniagaan donat berharga RM1 seketul dan shusi bombo di sekitar Kota Kemuning dan Shah Alam.



“Dalam masa enam bulan, saya berjaya membuka empat cawangan gerai,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalid berkata, kerjaya baharu sebagai peniaga memang berbeza, tetapi tetap seronok.

“Saya dapat mencari nafkah untuk keluarga. Dalam masa sama dapat meluangkan masa bersama keluarga. Saya juga ada kemahiran baharu iaitu bertukang dan berkebun cara moden akuaponik.

“Keluarga terutama ibu dan isteri saya sangat membantu dan menyokong. Saya juga mula belajar bagaimana untuk menghasilkan sumber makanan sendiri seperti membela ikan tilapia, siakap dan lobster serta berkebun.



“Walaupun terkesan dengan pandemik Covid-19, namun ia seolah-olah menjadi slot muhasabah terbesar dalam hidup saya untuk lebih berhati-hati dan bersikap lebih matang dalam apa jua keputusan yang dibuat,” ujarnya.

Mohd Khalid turut menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah putus asa dan membuang masa dengan memikirkan masalah, sebaliknya mencari jalan penyelesaian yang sentiasa ada. SH

Tekanan pandemik, tutup syarikat di Turki dan pulang ke Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Kebun haram Musang King di Raub dimusnahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker