Kebun haram Musang King di Raub dimusnahkan

Kebun haram Musang King di Raub dimusnahkan

Kebun Musang King 101 hektar di Raub mula dimusnahkan

KEBUN durian Musang King seluas 101 hektar yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam, Raub mula dimusnahkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), bermula semalam.



Menurut Pengarah JPNP, Datuk Mohd Hizamri Mohd Yasin, operasi bersepadu selama sebulan hingga bulan depan itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

Beliau berkata, dalam operasi semalam tumpuan diberikan kepada aktiviti rondaan dan tangkapan individu yang memasuki kawasan Hutan Simpan Batu Talam tanpa kebenaran.

“Beberapa kumpulan unit penguatkuasa JPNP melakukan rondaan dan tangkapan selain menjalankan kerja penandaan zon kawasan tebangan yang bermula hari ini.

“Kita perlu bertindak tegas dalam memastikan aktiviti menceroboh Hutan Simpan Batu Talam tidak terus berlaku pada masa akan datang,” katanya hari ini.



Dalam pada itu, Mohd Hizamri berkata, seramai empat individu masing-masing dua pekerja warga asing dan tempatan ditahan kerana menceroboh hutan simpan dalam operasi semalam.

Ujarnya, kesemua individu itu akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

“JPNP dalam operasi itu turut menyita sebuah motosikal, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Land Rover ,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tras, Chow Yu Hui mendakwa pekebun sudah mendapat kebenaran mahkamah sebelum ini untuk masuk ke kebun berkenaan.



Katanya yang hadir bersama beberapa pekebun ke kawasan sekatan semalam, kira-kira 20 pekebun yang mengusahakan kawasan itu kira-kira 10 tahun lalu mengalami kerugian apabila durian Musang King yang mula gugur tidak dapat dijual.

Beliau menambah, pekebun juga sudah membuat laporan polis terhadap larangan mereka memasuki kawasan kebun durian bagi mengutip hasil. Utv

Kebun haram Musang King di Raub dimusnahkan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nurhaliza dipukul suami, buat laporan polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker