Peniaga buang 1 tan durian

Peniaga buang 1 tan durian

SEGAMAT – Seorang peniaga dan peraih durian di Felda Medoi di sini menanggung kerugian lebih daripada RM10,000 kerana terpaksa membuang kira-kira satu tan durian pelbagai jenis ekoran lambakan raja buah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lembah Klang.

Mohamad Fadli Mustapha, 42, berkata, tindakan itu dilakukan selepas buah durian buruk dan rosak kerana bekalan tidak dapat dipasarkan.



“Lubuk pasaran durian di Lembah Klang sudah tidak boleh masuk sekarang ini ke­rana berlakunya lambakan durian.

“Minggu ini sahaja saya terpaksa buang lebih satu tan durian jenis kampung dan kahwin walaupun kami sudah turunkan harga,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, seorang pekebun durian di Pontian, Abdul Hadi Ahmad Sani, 43, berkata, harga durian kampung dijangkakan terus turun sehingga RM6 sekilogram.

“Sebelum beberapa kawasan di Lembah Klang dikenakan PKPD, harga durian adalah antara RM15 hingga RM20 seki­logram.



“Musim durian luruh ketika ini, memang berlaku lambakan bekalan di pasaran kerana durian tidak boleh dibawa keluar dari sini.

“Dalam masa sama, pembeli pula tidak boleh keluar untuk membeli durian seperti hari biasa.

“Sekarang harga sudah mula jatuh iaitu antara RM8 hingga RM10 sekilogram, para pekebun di sini menjangkakan harga akan turun lagi sehingga RM6 sekilogram,” katanya. K Online

Peniaga buang 1 tan durian




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lazada kembali dengan Mid Year Sale hebat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker