Bantu Rakyat Menderita, Bukan Bantu Bank

Sebaran :

Bantu Rakyat Menderita, Bukan Bantu Bank. Kementerian Kewangan dan Bank Negara mesti menangani isu berkaitan moratorium pinjaman untuk memastikan peminjam tidak terbeban dengan caj tambahan yang hanya melindungi bank, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, Pemuda Umno banyak menerima aduan daripada peminjam yang tempoh pinjaman mereka dipanjangkan apabila memilih untuk menangguhkan bayaran, dan ini bermaksud mereka terpaksa membayar balik pinjaman dengan kadar lebih tinggi.

“Maknanya bank tidak rugi apa-apa bahkan mengaut keuntungan lebih banyak atau dengan kata lain, bank mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat!” katanya dalam catatan di Facebook.

“Menteri (Kewangan) kena lebih menjiwai kepayahan rakyat bawahan barulah boleh memikirkan secara kreatif dan inovatif bagaimana nak membantu rakyat di kala krisis luar biasa pandemik ketika ini.”

Kenyataan Asyraf menyusul komen Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam program Money Matters di TV3 bahawa bank bakal rugi RM20 bilion jika faedah dimansuhkan semasa moratorium.

Asyraf berkata, ada beberapa cara kementerian itu dan Bank Negara dapat memberikan insentif kepada bank untuk memansuhkan faedah serta caj semasa moratorium.

Antara cadangannya adalah memberi bank insentif cukai, dan mengadakan tabung khas yang mengumpulkan sebahagian keuntungan bank-bank bagi menyerap sebarang kemungkinan kerugian akibat penawaran moratorium.

“Kami selalu ingatkan kepada industri perbankan, jangan lupa peristiwa krisis kewangan 1997-98, berbilion wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan bank-bank pada waktu itu,” katanya.

“Apakah ketika rakyat tengah susah bank-bank tidak mahu berkorban pula demi rakyat yang kesempitan?”

Bantu Rakyat Menderita, Bukan Bantu Bank


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan

 


Sebaran :

Leave a Reply