Tragedi Elmina: ‘Minta tolong henti sebar gambar, video abang’

Adik kepada Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, penunggang p-hailing yang terkorban dalam nahas kapal terbang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam Khamis lepas, meminta orang ramai tidak menyebar gambar dan video membabitkan abangnya dalam kejadian itu.

Noorhidayah Muhamad Saleh, 30, berkata dia sekeluarga masih lagi dalam keadaan bersedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, dan berharap orang ramai dapat menjaga perasaan keluarganya dengan memadamkan semua gambar dan video berkaitan tragedi yang menimpa abangnya itu.

“Saya minta jasa baik seluruh rakyat Malaysia, yang masih menyebarkan gambar dan video abang saya, saya minta tolong sangat-sangat untuk padam dan hentikanlah sebar.



“Kita tak tahu Allah nak jemput dia dengan cara macam tu, minta jaga perasaan keluarga…sebab kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung di Sungai Petani, Kedah hari ini.

Dalam pada itu, Noorhidayah berkata, dia bersyukur kerana urusan membawa pulang serta pengebumian arwah abangnya berjalan lancar.

“Memang bergerak pada Khamis malam, dengan niat nak ambil (jenazah) abang bawa balik..tak ada niat lain…sampai sahaja di sana, semua urusan sangat dipermudahkan…Allahuakbar.

“Allah permudahkan segalanya. Sudah tertulis begini cara dia kembali kepada Allah, namun ramai yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir,” katanya.



Tambahnya, mereka sekeluarga reda dengan apa yang telah berlaku walaupun dia bakal mengadakan majlis perkahwinannya, minggu hadapan.

“Majlis akad nikah saya dijadualkan pada 25 Ogos dan majlis perkahwinan pada 26 Ogos…namun selepas apa yang berlaku, kami sekeluarga tak bincang tentang itu (sama ada diteruskan atau tidak).

“Ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, abang balik bercuti…kami berbincang tentang majlis perkahwinan saya…abang (arwah) ada cakap nak balik awal..rupanya memang awal betul dia ‘balik’,” katanya.

Kata Noorhidayah lagi, arwah abangnya seorang yang sangat baik dan mementingkan keluarga.



Terdahulu jenazah Allahyarham Muhammad Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung pada 4 petang ini.

Jenazah sebelum itu disolatkan di masjid berkenaan yang diimamkan Bilal 1 Masjid Al Huda Izzuddin Ariffin.

Kira-kira 1,000 penduduk, kenalan dan saudara mara serta masyarakat setempat, memenuhi kawasan tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong dan Adun Sidam Bau Wong Bau Ek.



Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang itu menyaksikan sebuah pesawat terhempas dan mengorbankan 10 individu, termasuk lapan penumpang dan kru pesawat selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya, masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing.

-Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker