Nahas pesawat di Elmina: Jenazah Johari dijangka dikebumi selepas solat Zuhur esok

Jenazah Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang terbabit dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, khamis lalu akan diserahkan kepada waris, esok.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dituntut isterinya di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini dan dijangka dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah pada jam 10 pagi.

Menurut kenyataan Pejabat Datuk Seri Johari, solat jenazah akan dilakukan di masjid berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.



Jenazah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang itu kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, untuk dikebumikan.

Majlis pengebumian dijangka dilakukan selepas solat Zuhur.

Johari, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai antara 10 mangsa tragedi pesawat berkenaan.

Allahyarham antara enam penumpang bersama dua juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas ketika dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang.



Johari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker