Penjara Tak Dapat Tampung Fizikal Siti Bainun – Peguam

Penjara Tak Dapat Tampung Fizikal Siti Bainun – Peguam

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas didapati bersalah mengabai dan mendera remaja sindrom Down, Bella.

Hakim perbicaraan Izralizam Sanusi turut memerintahkan Pengasas Rumah Bonda itu melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam selepas selesai hukuman penjara serta tandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun.



Terdahulu, Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Akta Kanak-kanak 2001 bagi memastikan kesalahan penderaan kanak-kanak dikenakan hukuman berat jika sabit kesalahan.

Kepentingan awam mesti dipertimbangkan dalam kes ini. Kecederaan Bella serius dan meninggalkan parut pada dirinya dan juga fizikal.”

Menegaskan apa yang dilakukan Bainun terhadap Bella kejam apatah lagi dia merupakan aktivis dalam kebajikan kanak-kanak tetapi telah melanggar amanah diberikan.

Peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf dilaporkan merayu agar dia diberikan hukuman ringan tanpa penjara atau tempoh tahanan singkat kerana dikatakan telah insaf selain memberi alasan “kemudahan penjara semasa tidak dapat menampung seseorang seperti fizikalnya”.



Ini disebabkan saiznya yang besar dan (masalah) kesihatan. Hukuman penjara yang panjang akan menjejaskan kesihatan tertuduh.”

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria bagaimanapun memohon hukuman untuk pencegahan kerana kecederaan Bella adalah serius hingga menyebabkan parut pada badannya kekal sepanjang hayat.

Izralizam kemudian menangguhkan prosiding buat sementara waktu untuk memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap tertuduh.

Penjara Tak Dapat Tampung Fizikal Siti Bainun – Peguam



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker