Sanusi enggan mohon maaf kepada Vincent Tan, mahu dedah dokumen skandal SMG

Sanusi enggan mohon maaf kepada Vincent Tan, mahu dedah dokumen skandal SMG

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang enggan memohon maaf kepada pengasas Berjaya Vincent Tan seperti dituntut, menegaskan beliau akan mengemukakan bukti menyokong dakwaannya berkaitan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa beliau memiliki dokumen yang akan didedahkan kepada umum dalam waktu terdekat.



“Tak (minta maaf), kes itu sedang berkembang dan dokumen-dokumen sedang didedahkan, kita tengok sehari dua lagi. Itu sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Alor Setar, menurut Malaysia Gazette.

Semalam, Vincent dan syarikatnya Berjaya Land Berhad memberi tempoh sehingga hari ini untuk Sanusi memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan berunsur “fitnah” mengenai projek SMG.

Jika gagal berbuat demikian, mereka akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Sanusi.

Vincent dan Berjaya Land turut menuntut pampasan sebanyak RM200 juta.



Sanusi ketika Jelajah Mega PN Best “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, minggu lalu mendakwa wujud skandal antara Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dengan Vincent kononnya mahu melaksanakan projek SMG bernilai RM10 bilion di Sungai Klang.

Sebagai timbal balas, taikun itu akan mendapat tanah 600 ekar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan negeri sekitar RM180 juta.

Susulan kenyataan itu, Amirudin berkata beliau akan menyaman Sanusi dan proses tindakan undang-undang terhadapnya sudah dimulakan. FMT

Sanusi enggan mohon maaf kepada Vincent Tan, mahu dedah dokumen skandal SMG



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid



Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan



Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker