Pandu supercar tetapi buang sampah ikut tingkap

Tingkap kereta tersebut dibuka separuh dan disusuli dengan tindakan pemandunya yang membuang sampah ke atas jalan raya. – TikTok/@dashcamindo

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu sebuah supercar yang membuang sampah merata-rata di atas jalan raya, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, kereta mewah berwarna kuning itu  dilihat sedang berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Tingkap kereta tersebut kemudian dibuka separuh dan disusuli  tindakan pemandunya yang membuang sampah ke jalan raya.

“Kereta mahal begini sememangnya tidak memiliki tempat untuk menyimpan sampah ya?” demikian menurut keterangan yang ditulis pada video tersebut.



Hantaran itu menjadi tular dan menerima kecaman daripada netizen yang menyelar sikap pemandu berkenaan.

“Mungkin otaknya dicagar sebagai jaminan untuk membeli supercar,” kata seorang netizen.

“Bila Tuhan beri ujian, mengeluh. Padahal tidak sedar diri sendiri menzalimi alam sekitar,” ujar seorang pengguna lain. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)



Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker