Imran Khan bersalah tuduhan rasuah

Imran Khan bersalah tuduhan rasuah

ISLAMABAD: Suruhanjaya pilihan raya Pakistan dalam keputusan sebulat suara mendapati bekas Perdana Menteri, Imran Khan bersalah atas tuduhan rasuah.

Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) pimpinan Imran bagaimanapun menolak keputusan tersebut dan mengesahkan akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Islamabad.



Kes terhadap Imran difailkan pada Ogos lalu oleh ahli Liga Muslim Pakistan Nawaz (PMLN) selepas bekas perdana menteri itu didakwa membeli hadiah yang diberikan oleh pembesar asing daripada depositori hadiah negara yang dipanggil Toshakhana.

Pemimpin PTI, Fawad Chaudhry menggelar keputusan suruhanjaya itu sebagai amat memalukan dan tamparan hebat kepada rakyat Pakistan.

“Keputusan ini bukan serangan ke atas Imran sahaja. Ia adalah serangan terhadap perlembagaan Pakistan dan rakyatnya,” katanya.

Imran yang dipecat daripada jawatannya April lalu melalui undi tidak percaya Parlimen, menuduh suruhanjaya itu bersikap berat sebelah, dan menyifatkan Ketua suruhan jaya itu, Sikandar Sultan Raja berprasangka buruk terhadap beliau dan partinya. Utusan



Imran Khan bersalah tuduhan rasuah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker