Bayar Zakat Fitrah Online

Bayar Zakat Fitrah Online

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar hari ini dah masuk 18 Ramadan umat Islam berpuasa. Bagi yang belum menunaikan zakat fitrah, korang dah boleh berbuat demikian.

Selain pembayaran kepada amil yang mempunyai kad kuasa, korang juga boleh membayar menerusi online je tau. Jom ikut perkongsian ini.



Khas buat penduduk Selangor, kadar bayaran zakat masih lagi dikekalkan seperti tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM7, RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang dimakan:

Kadar RM7 – Beras super special tempatan

Kadar RM14 – Beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi.

Kadar RM21 – Beras basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf.



Pembayaran boleh dibuat kepada Amil yang telah dilantik secara sah atau dibuat secara atas talian. Bukan itu sahaja, korang juga boleh membayar zakat melalui portal online yang sahih seperti:

EzakatPay
Perbankan internet
Portal MyEg
Pos Online
Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost

Jadi, jangan lupa tunaikan ibadah zakat korang!



Bayar Zakat Fitrah Online

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker