Gaya seksi atas katil disalah erti – Tya Arifin

Gaya seksi atas katil disalah erti – Tya Arifin

Pelakon juga usahawan popular, Tya Arifin menzahirkan kesedihan selepas menjadi mangsa fitnah ekoran penyebaran sebuah video di sebalik tabir memperlihatkan beberapa aksi seksinya sehingga dikecam sebagai keterlaluan oleh netizen.

Tampil membersihkan semula imejnya, Tya atau nama sebenarnya Nurtia Wulandari memberitahu, video di sebalik tabir yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab itu tidak seharusnya berlaku.



“Video yang disebarkan itu tidak sepatutnya ditularkan kepada umum kerana versi sepenuhnya akan dilancarkan pada 10 Oktober ini.

“Terdapat pihak yang mengambil rakaman semasa penggambaran dan menyebabkan timbul pelbagai perspektif berbeza oleh masyarakat. Biasalah ketika penggambaran ada orang luar yang datang dan sebarkannya,” ujar Tya menerusi hantaran yang dimuat naik dalam TikTok miliknya.

Kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, biarpun sedih atas apa yang terjadi, dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya meminta peminat supaya menunggu kisah yang sebenar di sebalik video berkenaan.

“Saya sedih kerana video itu tersebar lebih awal. Untuk semua, sabar dan tengok apa yang sebenarnya berlaku apablia video penuh itu dilancarkan nanti.



“Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Penjelasan menantu tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu bagaimanapun tetap dihentam hebat netizen apabila didakwa sekadar gimik atau strategi pemasaran untuk tujuan publisiti semata-mata.

“Marketing zaman sekarang. Duit dan duit!” kata seorang netizen.

Sejak beberapa hari lalu, nama Tya menjadi sebutan netizen dalam media sosial gara-gara video di sebalik tabir pembikinan iklan produk keluarannya.



Dalam video berkenaan, Tya dikatakan telah membuat beberapa gaya yang dianggap seksi dan keterlaluan oleh netizen.

Menerusi video yang di muat naik oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen menyifatkan gaya ‘posing’ Tya tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.

Malah, mereka mendakwa Tya sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri sebagai seorang wanita Muslimah demi mempromosikan produk. K Online

Gaya seksi atas katil disalah erti – Tya Arifin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker