Banjir: Lelaki dirakam lakukan aksi terjun dalam air bah

Seorang lelaki dirakam terjun ke dalam sungai semasa air bah dari landasan kereta api di Kampung Gertak Chaber, Tanah Merah. – Foto IHSAN FAIZAL

TANAH MERAH – Seorang lelaki melakukan aksi terjun dalam Sungai Kelantan dari landasan kereta api di Kampung Gertak Chaber di sini yang terjejas akibat limpahan air bah semalam.

Aksi lelaki yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an itu dilakukan pukul 6.10 petang sebelum dirakam orang ramai.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 35, berkata, dia memandu kereta melalui kawasan jambatan itu sebelum ternampak seorang lelaki meniti di tepi landasan dan terjun ke dalam sungai.

“Air sungai deras, tidak jauh dari tempat lelaki itu terjun, terdapat sekumpulan penduduk mandi air bah,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.



Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memberitahu, tindakan lelaki itu mengundang bahaya dan beliau mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak teruja bermain air bah kerana khuatir kejadian yang tidak diingini.

“Kelantan masih di peringkat awal musim bah dan berkemungkinan penduduk teruja bermain banjir. Saya sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah meningkatkan pemantauan bagi mengekang kejadian tidak diingini,” katanya. – K! ONLINE

Banjir: Lelaki dirakam lakukan aksi terjun dalam air bah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Upah pengawal peribadi kerana kenyataan Ramasamy – Zakir Naik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker