Lelaki gagal dihubungi keluarga ditemui mati lemas

Sebaran :

Lelaki gagal dihubungi keluarga ditemui mati lemas

SEPANG – Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemui tersangkut di sebatang paip di bawah Blok 3, Flat Taman Permata, Dengkil di sini yang terjejas akibat banjir pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa keluar dari rumahnya di flat tersebut dengan menaiki sebuah bot sekitar jam 9 pagi pada Ahad dan gagal dihubungi oleh ahli keluarganya sejak jam 8 malam hari yang sama.

Menurutnya, mayat mangsa yang berusia 52 tahun itu ditemui oleh seorang lelaki tempatan di bawah flat tersebut sekitar jam 8.30 pagi pada Isnin.



“Pemeriksaan terhadap mangsa telah dijalankan oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada badan si mati.

“Menurut anak mangsa, bapanya itu menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, dan masalah katarak serius pada mata kanan manakala mata kiri rabun teruk,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pasukan bomba dari Cyberjaya telah membawa keluar mayat mangsa dari kawasan banjir untuk dibedah siasat.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk ujian saringan awal Covid-19 sebelum dibedah siasat,” jelasnya.



Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara siasatan dijalankan. Sinar

Lelaki gagal dihubungi keluarga ditemui mati lemas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *