44 pelajar kolej, pemandu terselamat bas persiaran terbakar

44 pelajar kolej, pemandu terselamat bas persiaran terbakar

GERIK: Seramai 44 pelajar dan seorang pemandu terselamat selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 395, Jalan Gerik, Tasek Banding, di sini hari ini.

Difahamkan kejadian yang berlaku tengah hari tadi itu membabitkan bas persiaran yang membawa pelajar Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah.



Menurut kenyataan itu lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut pihak bomba, bas berkenaan mengalami kemusnahan sebanhyak 80 peratus. - Foto JBPM perak

Menurut pihak bomba, bas berkenaan mengalami kemusnahan sebanhyak 80 peratus. – Foto JBPM perak

“Kebakaran melibatkan bas persiaran yang membawa pelajar Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah.

“Seramai 44 pelajar dan pemandu dalam keadaan selamat dan semua mangsa keluar dengan sendiri dari kenderaan tersebut.



“Bas berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan ke kolej berkenaan di Kedah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Anggota bomba menggunakan satu aliran ‘hose’ 100 kaki, satu pancutan bersumberkan air dari pili bomba sehingga kebakaran berjaya dipadam. – Foto JBPM

Katanya, anggota bomba menggunakan satu aliran ‘hose’ 100 kaki, satu pancutan bersumberkan air dari pili bomba sehingga kebakaran berjaya dipadam.



Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nizam Zakaria itu tamat pada jam 3.48 petang. AA

44 pelajar kolej, pemandu terselamat bas persiaran terbakar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker