Wajib 4 Restoran Timur Tengah Ini Ada Dalam ‘Senarai’ Makan-Makan Di KL…Jomm!!

Wajib 4 Restoran Timur Tengah Ini Ada Dalam ‘Senarai’ Makan-Makan Di KL…Jomm!!

MALAYSIA merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, sekaligus menjadi ‘syurga’ kepada variasi makanan yang unik dan menyelerakan.

Kali ini mStar bawakan kepada anda lima restoran berkonsepkan makanan Timur Tengah yang ada di sekitar ibu negara.



Memandangkan sekarang tengah cuti sekolah, apa kata bawa keluarga anda untuk merasai keenakan menu Timur Tengah.

Nak makan kunafa yang tengah viral pun boleh!

1. Restoran Yahala

Setibanya ke lokasi ini, mata anda pastinya akan tertumpu kepada binaan Restoran Yahala yang kelihatan gah dan mewah.

Dengan lampu rona kuning keemasan, ia lebih indah dipandang pada waktu malam.



Antara menu yang wajib dicuba. Foto: Facebook Restoran Yahala.

Lamb Mandy, Chicken Madghout, Chicken Haneeth dan Lamb Frikka merupakan antara menu utama yang wajib dicuba.

Dengan harga antara RM30 ke RM50, ia cukup berbaloi kerana saiz hidangan itu yang besar dan boleh dikongsi bersama rakan atau keluarga.



Selain itu, restoran yang terletak di Kuala Lumpur ini turut menawarkan menu seperti kebab, makanan laut, sup, salad serta variasi pencuci mulut yang comel dan enak.

2. Restoran Qasar Balqis

Restoran ini mempunyai tiga cawangan di Ampang, Taman Melati dan Gombak yang mana ia menawarkan hidangan Timur Tengah menyelarakan dalam suasana penuh santai.

Dengan dekorasi ala-ala negara padang pasir, pelanggan dapat menikmati pelbagai hidangan dalam suasana menyeronokkan sambil diiringi muzik-muzik klasik dari tanah Arab.



Selain nasi Arab, anda juga boleh mencuba menu barbecue. Foto: Instagram Qasar Balqis.

Jika datang ke Qasar Balqis, wajib cuba menu barbeque seperti Mix Grilled, Shish Tawooq, Lamb Chop, Grilled Chiken dan macam-macam lagi.

Paling utama, menu nasi Arab seperti Chicken Kabsa, Lamb Mandy, Chicken Madhgout dan Lamb Haneet juga sangat berbaloi untuk dicuba dengan harga bawah RM50 sahaja.

Menu ringan seperti buah-buahan campur, baklawa, basbousa, arekah dan maason juga turut ditawarkan, di samping jus-jus buah yang menyegarkan.



3. Restoran Zafran

Restoran Zafran yang terletak di Kampung Baru bukanlah satu lokasi asing bagi warga tempatan yang menggemari hidangan berkonsepkan Timur Tengah.

Selain menu yang menarik, ramai pelanggan suka ‘lepak-lepak’ di bahagian atas restoran itu kerana suasananya yang santai sambil berbumbungkan langit kota raya.

Menjamu selera sambil menikmati panorama indah Kuala Lumpur di Restoran Zafran Kampung Baru. Foto: TripAdvisor.



Sambil menikmati panorama indah, anda juga boleh memesan seleksi nasi Arab, pencuci mulut, pizza dan makanan ringan.

Bagi mereka yang sedang diet, boleh juga mencuba seleksi salad seperti zaalouk, mix salad dan yoghurt salad.

Selain itu, kebab dan shawarma pun ada ditawarkan di sana.

4. Halab

Selain cawangan di Kuala Lumpur, Halab juga ada membuka cawangannya di Pulau Pinang. Dengan hiasan dan dekorasi yang indah, Halab merupakan lokasi wajib bagi mereka yang mencari gastronomi Timur Tengah yang tulen.

Pelbagai pilihan menu buat pengunjung restoran popular itu. Foto: Instagram Halab KL.

Jika bertandang ke Halab, anda boleh mencuba menu seperti taboulah, fatoush, hummus dan salad Arab.

Selain itu, menu wajib seperti shawarma, kebab, falafel dan nasi Arab juga turut ditawarkan.

Selain itu, anda juga wajib cuba pencuci mulut mereka yang bukan sahaja Insta-Worthy malah menjanjikan rasa enak dan berbeza dari tempat-tempat lain.

Wajib 4 Restoran Timur Tengah Ini Ada Dalam ‘Senarai’ Makan-Makan Di KL…Jomm!!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker