Mata kail dalam lauk ikan keli, pelanggan nyaris termakan

Seorang wanita nyaris termakan mata kail selepas ia menemuinya dalam menu masakan ikan keli yang dipesan dari sebuah restoran di daerah Pak Kret, Nonthaburi, lapor Thaiger

Wanita dikenali sebagai Jun, 31, melaporkan pada 27 Julai lalu dia dan rakannya memesan menu tersebut menerusi perkhidmatan penghantaran makanan di sebuah restoran yang tidak jauh dari kediamannya.

Katanya, pesanan itu termasuk dua ketul ikan keli masak pedas, nasi kosong dan nasi berlauk kambing.



Tambahnya, ketika mereka sedang menikmati makanan tengah hari itu, tiba-tiba dia menemui mata kail beserta tali pancing dalam potongan isi ikan tersebut.

“Masakan ikan keli ini adalah menu kegemaran saya, namun apabila saya menemui mata kail ini, ia sekali gus mencetuskan persoalan bagaimana restoran ini mengabaikan piawaian keselamatan dan kebersihan masakan mereka,” katanya,

Selepas penemuan itu, June menghubungi restoran itu dan menceritakan penemuan pelik itu dan mereka menegaskan pekerjanya telah membersihkan ikan itu dengan teliti.

Katanya, pihak restoran menawarkan menu sama sebagai ganti rugi, namun June menyatakan dia menjadi trauma dan hanya meminta pemulangan semula wang tersebut.



Sanook melaporkan, restoran itu memulangkan semula wang kira-kira 120 baht (RM15) seperti diminta June dan menggesa semua di restoran supaya berhati-hati menghidangkan makanan berasaskan ikan kerana bimbang kejadian sama mungkin berlaku kepada pelanggan lain. – Agensi

 

 

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker