Penipuan IDF jumpa terowong Hamas di Hospital al-Shifa, rupanya terowong perang di Sweden

Penipuan IDF jumpa terowong Hamas di Hospital al-Shifa, rupanya terowong perang di Sweden

DEIR EL-BALAH: Kementerian kesihatan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa mereka menemukan terowong Hamas di Hospital Al-Shifa dan menyifatkan ia sebagai ‘pembohongan tulen’.

Pengarah kementerian tersebut, Mounir el-Boursh dalam kenyataannya berkata, Israel sebaliknya telah meneruskan serangan udaranya ke atas Gaza, menyasarkan beberapa kawasan di enklaf itu menyebabkan angka penduduk awam terkorban kini melebihi 13,000 sejak pengeboman bermula pada 7 Oktober lalu.



“Tentera Israel sudah berada selama lapan hari di Hospital Al-Shifa dan mereka belum menemui apa-apa,” kata Mounir.

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) hari ini menyiarkan rakaman video memaparkan terowong didakwa digali oleh pejuang Hamas di bawah Hospital Al-Shifa.

Dalam kemas kini mengenai operasi di Hospital Al Shifa di Gaza, tentera Israel berkata, juruteranya menemukan terowong sedalam 10 meter dan sepanjang 55 meter ke pintu kalis letupan.

Sebelum ini, Israel IDF turut menyiarkan rakaman video propaganda penemuan terowong kononnya berada di bawah Hospital Al-Shifa.



Namun, video berkenaan sebenarnya adalah rakaman terowong zaman perang di Sweden yang dirakam dan dimuat naik dalam akaun YouTube Uehunters pada 11 Oktober 2022.

Lebih memalukan apabila Jurucakap Perdana Menteri Israel, Ofir Gendelman pada awal bulan ini berkongsi video ‘mesti tonton’ yang didakwanya sebagai rakaman dalam terowong Hamas.

Dalam video dikongsi Gendelmen, seekor anjing IDF kononnya mengejar pejuang Hamas yang menjerit ketakutan dengan tajuk ‘Anjing mengejar Hamas sehingga kemenangan’.

Bagaimanapun, Yoav Zitun, koresponden tentera untuk Ynet, saluran berita utama Israel mengesahkan ia adalah video lama dan bukan dari Gaza.



Menurut Zitun, video dikongsi Gendelman adalah video latihan Operation Protective Edge.

Operation Protective Edge ialah nama yang diberikan Israel kepada serangannya pada 2014 ke atas Gaza.

Serangan tersebut mengorbankan lebih 9,000 orang, hampir separuh daripadanya kanak-kanak. Utusan

Penipuan IDF jumpa terowong Hamas di Hospital al-Shifa, rupanya terowong perang di Sweden



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker