Tak jadi kudis pun

BABY Shima akui kecaman teruk diterimanya tidak merencatkan perjalanan karier nyanyian.

Tak jadi kudis pun

Dikecam teruk dan dipandang serong oleh segelintir pihak yang sering memerhati tindak-tanduk dan perkongsiannya di media sosial, ia sudah terlalu biasa.

Bagi penyanyi Baby Shima, perkara itu sedikit pun tidak menjadi kudis yang merencatkan perjalanan karier nyanyiannya.



Lebih penting, Shima atau Nor Ashima Ramli bersyukur kerana perhatian yang diberikan membantunya mengekalkan populariti di mata peminat.

“Bagi saya, ia lumrah sebagai artis di mana ada yang memuji dan pada masa sama, tidak kurang juga mengeji. Itu bukan satu perkara baharu dalam seni dan sudah berlaku sejak dulu.

“Bagaimanapun, saya seorang yang berjiwa kental. Sejak awal kemunculan lagi banyak juga kecaman saya dapat, tapi saya tak pernah ‘down’ pun kalau orang kecam dengan begitu teruk.

“Malah, saya dah lali kerana selepas itu ia berlalu pergi bagai dibawa angin lalu. Yang penting, mental kena kuat berdepan perkara ini.



“Tapi, kalau dah sampai tahap memfitnah atau dah melampau sangat, saya pun tidak boleh terus berdiam diri juga. Sudah tentu saya ambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, Shima baru saja beraksi dalam Konsert Millenia 2024 di Zepp Kuala Lumpur yang turut menampilkan Amelina, Mas Idayu, Ani Mayuni termasuk penyanyi Indonesia seperti Rheyna Morena, Hesty Klepek dan Thomas Arya.

“Syukur sangat kerana saya dapat berada sepentas dengan nama besar lain. Ia bukan konsert pertama saya di negara sendiri.

“Sebenarnya saya dah banyak kali terbabit dengan konsert sebelum ini sama ada di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Sambutan penonton juga bagus.



“Perasaan saya pula biasa saja, tapi seronok juga rasanya jumpa semula dan berkumpul dengan mereka semua. Mungkin sebab dah sering buat ‘show’ bersama mereka.

“Apa pun, Alhamdulillah penonton yang datang semua ‘enjoy’ dan puas dengan persembahan yang saya tampilkan bersama semua artis terbabit. Saya lihat semua penonton menyanyi bersama sepanjang konsert,” katanya.

Seperti dijangka penampilan penyanyi lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah ini mendapat kecaman. Namun menurutnya, dia tidak boleh menutup mulut orang dari berkata-kata.

“Siapa pun buat konsert pasti dikecam. Tapi, kalau lihat di media sosial saya, semuanya beri komen positif. Yang penting, saya tak melanggar peraturan ditetapkan.



“Alhamdulilah walaupun ramai tak suka, tapi ‘show’ saya masih tak putus-putus datang dari Malaysia dan negara jiran, Singapura serta Indonesia. Setiap kali saya buat ‘show’, ramai yang datang menyokong.

“Mungkin ramai yang masih tak tahu saya tinggal di Jakarta serta masih bernaung di bawah label Nagaswara. Cuma apabila ada ‘show’ di sini, baru saya balik ke Malaysia.

“Dah menjadi rutin saya terbang setiap masa antara dua negara ini, selagi ada permintaan untuk saya. Ke mana saja ada undangan, saya pergi. Setakat ini saya dah terbabit dalam 70 peratus ‘show’ di seluruh Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shima berkata, dia baru saja melancarkan single terbaharu dalam Bahasa Iban berjudul Bujang Sarawak pada 2 Februari lalu.



“Saya sangat teruja menyanyikan lagu ini. Pada permulaan dengar, agak susah sebutannya sebab menggunakan Bahasa Iban sepenuhnya. Tapi, tak sangka bila dah masuk ‘recording’ semua sebutan saya tak salah.

“Cuma ada dalam dua perkataan yang susah disebut, tapi selepas diberi tunjuk ajar oleh pencipta lagunya iaitu Hairee Francis, semuanya berjalan lancar.

“Idea untuk rakam lagu ini pula tercetus kerana saya suka dengan lagu Iban. Tambahan pula, saya selalu buat ‘show’ di Sarawak.

“Bila ‘show’ di Sarawak, artis sana (tempatan) menyanyi lagu Iban. Jadi, saya sering dengar dan sejujurnya lagu Iban sangat bagus dan sedap didengar,” katanya.



Shima berkata, dia sendiri tidak ketinggalan menyanyikan lagu Iban setiap kali ada ‘show’ di sana.

“Secara kebetulan saya dapat tawaran lagu yang baik dari Hairee Francis dan tanpa ambil masa lama, saya terus bersetuju,” katanya.

Sehubungan itu, muzik video lagu Bujang Sarawak kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube XIbo Entertainment. HM

Tak jadi kudis pun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker