Fitnah kepemimpinan khalifah

Fitnah kepemimpinan khalifah

oleh Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

Kepemimpinan umat Islam diambil alih Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan bin Harb bin Umayyah bin Abd as-Syam bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab daripada keturunan Bani Umayyah selepas kewafatan khalifah Ali bin Abi Talib.



Pelantikan Muawiyah sebagai khalifah berlangsung dalam keadaan politik Islam yang masih terumbang ambing secara berterusan selepas pembunuhan Saidina Ali bin Abi Talib. Konflik pentadbiran Khalifah Muawiyah telah bermula sejak daripada pemerintahan Saidina Ali lagi apabila beliau dipecat daripada jawatan gabenor. Dalam masa sama, beliau sendiri tidak bersetuju dengan kaedah pengendalikan kes pembunuhan Saidina Uthman bin Affan yang tidak dapat diselesaikan.

Walaubagaimanapun, zaman Khalifah Muawiyah di anggap sebagai tahun penyatuan kerana umat Islam dapat disatukan selepas kewafatan Saidina Ali kecuali kaum Khawarij yang tidak mahu bersatu di bawah pentadbiran khalifah.

Pemerintahan Khalifah Muawiyah berpusat di Damsyik dan kerajaan Islam menjadi semakin membesar dan tersebar luar dengan pembukaan negeri-negeri takluk dengan pelantikan. Pada tahun 64H /685M, kerajaan ini diambil alih oleh seorang Sahabat Nabi SAW, Marwan bin al-Hakam bin Abi al-‘As bin Umayyah bin Abd as-Syam, iaitu sepupu Saidina Othman bin Affan bin Abd al-‘As, dan sejak itu kerajaan dikuasai oleh keturunannya.

Daulah Bani Umayyah memerintah umat Islam selama 99 tahun. Antara pemimpin terkemuka Bani Umayyah yang menjadi khalifah ialah Abdul Malik bin Marwan, Al-Walid bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz dan Hisham bin Abdul Malik.



Timbul persoalan, adakah putera Saidina Ali iaitu Hassan tidak ingin memegang jawatan Khalifah selepas kewafatan bapanya? Jika disusuri sejarah, Saidina Hassan bin Ali tidak ingin memegang pemerintahan kerana tidak berminat dengan politik dan peperangan. Selain itu, kekuatan tentera Muawiyah adalah sangat kuat dan sekiranya beliau memerintah, pasti tidak mampu untuk menghadapi mereka sekiranya berlaku peperangan.

Sebelum bermulanya konflik perebutan kuasa, pihak Khalifah Muawiyah dan Saidina Hassan berusaha memastikan tiada peperangan berlaku dengan menandatangani perjanjian Muawiyah-Hassan. Salah satu isi perjanjian tersebut menyatakan kursi khalifah akan diberikan kepada Hassan, apabila Muawiyah meninggal lebih dulu. Hassan lebih muda namun meninggal lebih dulu akibat diracun. Akhirnya, perjanjian tersebut terbatal.

Muawiyah berusaha memastikan putranya, Yazid akan diterima sebagai khalifah berikutnya. Berbeza dengan proses pemilihan khalifah sebelumnya, Muawiyah meminta semua pengikutnya untuk bersumpah setia kepada Yazid.

Setelah naik takhta, Yazid menulis surat kepada gabenor Madinah agar memberi kesetiaan sepenuhnya kepada beliau. Padahal, masyarakat banyak tidak puas hati dengan pemerintahan Yazid. Husain segera memanfaatkan peluang tersebut untuk merebut kembali takhta khalifah.



Hal inilah yang menjadi penyebab Pertempuran Karbala. Mengetahui rancangan Husain, Yazid mempersiapkan pasukannya berjumlah 3,000 hingga 5,000 orang. Namun tidak menyertai pertempuran tersebut dan meletakan tanggungjawab pemimpin perang kepada sepupunya, Ubaidullah bin Ziyad.

Pada 9 September 680M, Saidina Husain meninggalkan bumi Makkah bersama sekitar 100 pengikutnya, yang terdiri daripada anggota keluarga terdekat termasuk wanita dan anak-anak. Dalam perjalanan, rombongan Saidina Husain mendapat khabar buruk apabila Kufah telah ditawan oleh Yazid. Berita tersebut tidak menggentarkan pengikut Saidina Husain dan meneruskan perjalanan ke Kufah.

Ketika Saidina Husain dan pengikutnya memasuki dataran Karbala, pasukan Umayyah telah mengepung mereka. Pada hari kesembilan Muharam, pasukan Saidina Husain telah kehabisan air dan hanya memiliki pilihan menyerah atau mati. Saidina Husain membebaskan pengikutnya untuk melarikan diri, tetapi mereka tidak mahu meninggalkannya.

Pada 10 Oktober, perang rancak sejak Subuh, di mana pendukung Saidina Husain mulai maju menghadapi musuh. Menjelang siang hari, pengikut Saidina Husain banyak yang tewas.



Walaupun Saidina Husain telah terluka parah namun beliau masih berusaha bangkit hingga akhirnya meninggal kerana dipenggal. Pertempuran berakhir setelah 70 orang daripada pihak Saidina Husain terbaring tidak bernyawa. Sementara dari kubu Umayyah, hanya kehilangan sekitar 88 orang daripada ribuan pasukannya. Pertempuran Karbala menunjukkan tewasnya Husain bin Ali, cucu Nabi Muhammad sehingga mengejutkan umat Muslim. Keadaan Yazid pun semakin buruk sehingga pertempuran tersebut menjadi salah satu sebab Bani Umayyah dapat digulingkan sekitar tujuh dekad kemudian dalam peristiwa pemberontakan berdarah.

Pada tahun 91H, umat Islam berjaya membuka Andalusia di Barat Eropah dan menguasai Semenanjung Iberia. Selain itu juga, Daulah Bani Umayyah turut meluaskan wilayah Islam di sebelah Timur hingga ke Sindhi (India) pada zaman Yazid I. Selepas zaman Hisham bin Abdul Malik, Daulah Umayyah mengalami pergolakan dan kesempatan diambil oleh musuh politik mereka menyebabkan khalifah terakhir Bani Umayyah, Marwan II bin Mohammad telah dibunuh dan Kerajaan Bani Umayyah berakhir. HM

Penulis Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Fitnah kepemimpinan khalifah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker