Wajarkah kita berdiam diri apabila Rasulullah SAW di hina?

Wajarkah kita berdiam diri apabila Rasulullah SAW di hina?

Kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w. adalah insan yang paling mulia di sisi Allah. Sabda Baginda s.a.w.

“Aku adalah penghulu anak-anak Adam, tanpa perlu berbangga.” (HR al-Imam Abu Daud disahihkan oleh al-Albani).



Kita juga wajib mencintai Rasulullah s.a.w. melebihi sesiapa sahaja.

Apabila Umar bin al-Khattab r.a. datang dan memberitahu Rasulullah s.a.w. bahawa beliau mencintai Baginda melebihi semua orang kecuali dirinya sendiri, Rasulullah s.a.w. menjelaskan tidak boleh, sehinggalah Baginda lebih dicintai oleh beliau terhadap dirinya sendiri. Lalu Umar pun memperbetulkan kenyataannya bahawa

“Engkau lebih aku cintai melebihi diriku juga.” Mendengar kenyataan itu barulah Rasulullah s.a.w. berkata, “Sekarang (baru betul) wahai Umar.” (HR al-Imam al-Bukhari)

Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Maksud ‘Sekarang wahai Umar’ adalah, sekarang engkau telah mengetahui maka engkau telah menyebut perkara yang wajib disebut.”



Dengan itu, dapatlah kita faham bahawa hadis itu menunjukkan bahawa cinta Rasulullah s.a.w. adalah tanda keimanan dalam hati. Caranya adalah dengan beriman terhadapnya sebagai nabi dan rasul, mempercayai segala yang disampaikannya, patuh terhadap perintah dan larangannya, mempertahankan sunnah dan peribadinya serta menyayanginya melebihi diri sendiri, ibu bapa, anak dan sekalian manusia.

Apa yang pasti, apabila seseorang itu tidak mengenali Rasulullah s.a.w. dan tidak pula beriman dengannya, dia terdedah kepada maklumat yang salah tentang Rasulullah s.a.w.

Cuma, ada yang bertindak berdasarkan maklumat yang salah ini dan ada pula yang mendiamkan diri. Bahkan wujud di kalangan manusia ini, kumpulan yang memerangi Islam dengan cara menghina Rasulullah s.a.w.

Sebahagian daripada mereka mendakwa membaca dan mengkaji tentang Islam dengan tujuan mengekploitasi agama suci itu. Namun, mengapakah penghinaan sering dilakukan terhadap peribadi Rasulullah s.a.w.?



Jawapannya adalah kerana Rasulullah s.a.w. bukan sekadar manusia biasa.

Baginda adalah pembawa sebuah agama yang dianuti oleh sebegitu ramai umat manusia, iaitu Islam. Jika kredibiliti Baginda sebagai pembawa Islam berjaya dijatuhkan maka secara automatik agama Islam itu sendiri berjaya ditumpaskan. Inilah puncanya musuh-musuh Islam begitu bersungguh-sungguh berusaha menjatuhkan kredibiliti Rasulullah s.a.w.

Hukum menghina Rasulullah s.a.w.

Para ulama bersepakat menetapkan bahawa orang Islam yang menghina Rasulullah s.a.w. adalah jatuh murtad. Orang kafir yang menghina Rasulullah s.a.w. pula, disepakati oleh mereka sebagai kafir harbi. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 65-66,



“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, ‘Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja’. Katakanlah,

“Apakah dengan Allah, ayat-ayat Nya dan Rasul Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripda kamu (lantaran mereka bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa.”

Al-Qurtubi, di dalam kitab tafsirnya telah menukilkan kata-kata al-Qadhi Abu Bakr Ibnul Arabi,

“Keadaan sebutan mereka itu tidak lari daripada dua keadaan iaitu secara serius atau secara bermain-main. Dan dalam kedua-dua keadaan ini, ianya adalah kufur. Ini kerana sesungguhnya bermain-main dengan kekufuran adalah kufur tanpa sebarang khilaf di kalangan umat ini.”



Ibnu Taimiyyah, di dalam kitabnya al-Sarim al-Maslul berkata,

“Ayat ini adalah nas menetapkan bahawa memperolok-olokkan Allah, ayat-ayat Nya dan Rasul Nya adalah kufur. Maka mencaci dengan niat adalah lebih jelas lagi kekufurannya.

Jatuh Kafir

Ayat itu menunjukkan bahawa sesiapa yang memperlekehkan Rasulullah s.a.w. sama ada secara serius mahupun bermain-main maka dia jatuh kafir. Allah memberitahu bahawa mereka telah jatuh kafir selepas mereka beriman, walaupun mereka berkata,



“Kami menyebut kekufuran itu tanpa mempercayainya bahkan kami hanya bergurau dan bermain.”

Hukuman bagi orang yang menghina Rasulullah s.a.w. sama ada yang murtad mahupun kafir harbi adalah bunuh. Kebanyakan para ulama telah menyatakan perkara ini adalah ijmak para ulama.

Al-Imam al-Syafi’i berkata di dalam kitabnya al-Umm bahawa sekiranya pemimpin ingin menulis pendamaian ufti hendaklah dia menulis dan sebutkan syarat-syaratnya.

Beliau juga menyebutkan bahawa di antara yang perlu ditulis ialah,

“Dan sesiapa di antara kamu yang menyebut Muhammad s.a.w. atau disebut kitab Allah atau agama Nya dengan sebutan yang tidak sepatutnya, maka dengan itu terlerai daripadanya penjagaan Allah kemudian penjagaan pemimpin umat Islam dan juga semua umat Islam”

Dengan itu dia telah menghapuskan keamanan yang diberikan kepadanya dan hartanya serta darahnya menjadi halal untuk pemimpin umat Islam sepertimana halalnya harta dan darah kafir harbi.”

Pastinya, untuk menjalankan hukuman ini memerlukan penghakiman daripada pihak berautoriti kerajaan Islam. Setelah diputuskan hukuman, maka perlaksanaan hukuman itu hendaklah dilakukan juga oleh pihak berautoriti kerajaan Islam atau pihak yang diberi mandat oleh kerajaan Islam.

Pihak yang tidak diberi mandat oleh kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman adalah dilarang sama sekali untuk menjalankan hukuman. Ini adalah untuk menjaga keselamatan awam kerana jika dibenarkan tanpa mandat, maka besar kemungkinan wujud orang yang membunuh orang lain dengan sengaja memberi alasan pihak yang dibunuh itu menghina Rasulullah s.a.w.

Sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. hidup lagi, pelbagai penghinaan telah pun dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap Baginda s.a.w. Kita semua sedia maklum bagaimana di Mekah, semasa Rasulullah s.a.w. sujud sebahagian orang-orang kafir Quraish telah meletakkan kotoran unta di belakang Baginda. Baginda juga digelar ‘Muzammam’ iaitu yang tercela oleh sebahagian masyarakat kafir Quraish.

Melihat kepada zaman sekarang, penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. masih berterusan. Malah tidak beberapa lama dahulu telah muncul karikatur Belanda yang menggambarkan Rasulullah s.a.w. dalam bentuk penghinaan. Begitu juga dengan perbuatan terkutuk majalah Charlie Hebdo di Perancis yang satu ketika dahulu pernah menghina Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai karikaturnya. Wallahu a’lam Utv

Wajarkah kita berdiam diri apabila Rasulullah SAW di hina?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker