Bina MRSM berbayar tak libat peruntukan kerajaan – Zahid

Bina MRSM berbayar tak libat peruntukan kerajaan – Zahid

Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar bagi golongan berkemampuan tidak akan melibatkan peruntukan daripada kerajaan, menurut Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan.



Zahid juga memberikan jaminan MRSM berbayar berkenaan tidak akan didirikan di atas tanah Mara yang dikhususkan untuk memanfaatkan rakyat miskin.

“Kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak menggunakan jalinan pintar (smart partnership) untuk pembinaannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) sama ada kerajaan akan menggunakan tanah Mara dikhususkan buat rakyat miskin dan B40 bagi persekolahan anak-anak golongan T20 dan M40.

Menurutnya, MRSM berbayar itu boleh dilaksanakan dengan mengambil contoh pelaksanaan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka.



“Atas pengalaman peribadi saya, saya telah menubuhkan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab tanpa sesen pun peruntukan daripada kerajaan. Sekolah itu telah berjalan (operasinya) selama 11 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid berkata, cadangan mewujudkan MRSM berbayar terbit ekoran permintaan tinggi kemasukan ke MRSM, iaitu 300% daripada kapasiti sedia ada.

“Kita telah melakukan kajian kebolehlaksanaan dan mendapati ramai pelajar-pelajar berkelayakan memasuki MRSM dari segi akademik tetapi tidak layak dari segi ‘bracket’ pendapatan ibu bapa mereka terutama kumpulan T20 dan M40.

“Salah satu syarat kemasukan (MRSM) ialah keutamaan kepada kumpulan B40,” katanya sambil menambah, terdapat juga terlalu banyak permintaan daripada alumni MRSM yang mahukan anak-anak mereka memasuki institusi itu.



Justeru, katanya, Mara akan membuka ruang seluas-luasnya bagi anak-anak golongan berkenaan memasuki MRSM tanpa kompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik.

Menjawab mengenai aduan kos tersembunyi di MRSM sedia ada seperti pembelian baju bagi program tertentu di sekolah yang dibangkitkan Syed Saddiq, Zahid berkata, beliau akan bertemu pengerusi persatuan ibu bapa dan guru MRSM bagi mencari jalan agar pelajar golongan B40 tidak terbeban. FMT

Bina MRSM berbayar tak libat peruntukan kerajaan – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih



Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker