Tragedi Tasik Tiga Beradik

Tragedi Tasik Tiga Beradik

Pasir Gudang: Remaja lelaki lemas manakala seorang lagi selamat selepas dipercayai mandi di Tasik Tiga Beradik, Seri Alam di sini, hari ini.

Kedua-dua remaja berusia 15 tahun yang juga rakan sekolah itu dikatakan ke lokasi kejadian bersama empat lagi rakan mereka.



Terdahulu, semua enam remaja termasuk dua perempuan itu dipercayai melakukan aktiviti mendaki di kawasan berkenaan sebelum memutuskan mandi di tasik terbabit.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.57 pagi membabitkan dua mangsa.
Advertisement

Bagaimanapun, katanya, sebelum ketibaan pihak bomba, seorang daripada mangsa sudah diselamatkan orang awam dan dilaporkan selamat sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk rawatan lanjut.

“Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan 11 anggota BBP Pasir Gudang digerakkan ke lokasi kejadian diketuai Komander Operasi Saifulbahri Safar.



“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan operasi mencari mangsa kedua dan menemuinya sedalam tiga meter dan sejauh tujuh meter dari tebing.

“Mangsa kemudian dibawa naik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 12.14 tengah hari. HM

Tragedi Tasik Tiga Beradik




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)



UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker