Liverpool bungkus lagi di Anfield

Liverpool menerima tamparan hebat dalam misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mereka dimalukan Crystal Palace 0-1 pada aksi di laman sendiri, sebentar tadi.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut di Anfield dalam tempoh tiga hari selepas diaibkan Atalanta 0-3 pada aksi suku akhir pertama Liga Europa.

Jaringan tunggal Eberechi Eze pada minit ke-14 sudah cukup untuk menjadi pemisah buat pelawat yang berjaya mencipta kejutan terbesar musim ini pada aksi di Anfield itu.



Pemain Crystal Palace, Eberechi Eze menjaringkan gol pasukannya ketika menentang Liverpool. - Reuters
Pemain Crystal Palace, Eberechi Eze menjaringkan gol pasukannya ketika menentang Liverpool. – Reuters

Ia jelas bukan hari buat Liverpool apabila Darwin Nunez, Diogo Jota dan Curtis Jones masing-masing beroleh peluang terbaik untuk menyelamatkan Reds namun gagal menyudahkannya dengan baik di hadapan gol selain ketangkasan penjaga gol pelawat, Dean Henderson.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp menenangkan  Alexis Mac Allister yang kecewa.
Pengurus Liverpool, Juergen Klopp menenangkan Alexis Mac Allister yang kecewa.

 

Crystal Palace sepatutnya menamatkan perlawanan dengan lebih selesa namun Alisson cemerlang menyelamatkan percubaan Jean-Philippe Mateta di hujung permainan.

 



Penjaga gol Liverpool, Alisson menyelamatkan percubaan Jean-Philippe Mateta. REUTERS
Penjaga gol Liverpool, Alisson menyelamatkan percubaan Jean-Philippe Mateta. REUTERS

Kehilangan tiga mata ini sudah pasti merentap impian anak buah Jurgen Klopp untuk meneruskan perebutan juara liga menentang Manchester City dan Arsenal.

Penjaga gol Crystal Palace, Dean Henderson menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.
Penjaga gol Crystal Palace, Dean Henderson menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.

 

Kekalahan pertama di laman sendiri pada aksi liga sejak Oktober 2022 itu juga menyaksikan mereka ketinggalan dua mata di belakang City dan diketepikan Arsenal menerusi perbezaan jaringan.

Arsenal akan turun menentang Aston Villa sebentar lagi dan sekiranya menang The Gunners akan mengungguli carta dengan 74 mata, satu mata mengatasi City dan Liverpool kekal dengan 71 mata tatkala kempen musim ini hanya berbaki enam aksi lagi. -AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV



“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga



Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker