Tentera Israel lakukan 16 pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin setiap hari di Gaza

Tentera rejim Zionis melakukan purata 16 pembunuhan beramai-ramai setiap hari di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu, menurut kerajaan Gaza.

Pejabat media kerajaan Gaza dalam satu kenyataan, memaklumkan tentera Israel sudah melakukan sebanyak 2,973 pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Laporan itu menyatakan ketika serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, sejumlah 14,560 kanak-kanak dan 9,582 wanita turut terbunuh.



“Selain itu, sejumlah 7,000 individu sama ada terperangkap di bawah runtuhan atau hilang dengan hospital menerima sejumlah 33,686 kematian dan 76,309 individu mengalami kecederaan,” katanya.

Dilaporkan 72 peratus daripada mereka yang terdedah kepada serangan Israel di Gaza terdiri golongan wanita dan kanak-kanak.

Tindakan tentera Israel di Gaza turut menyebabkan kebuluran dan krisis kemanusiaan disebabkan sekatan bantuan.

Akibatnya, 30 kanak-kanak meninggal dunia secara tragis akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.



Laporan itu juga menyatakan, tentera Israel melancarkan lebih 70,000 tan bahan letupan ke atas Gaza sejak 7 Oktober, menyasarkan bukan sahaja kawasan awam tetapi juga sektor penjagaan kesihatan.

“Serangan tanpa henti ini mengakibatkan kematian 485 pekerja kesihatan dan 66 anggota pertahanan awam di Gaza.

“Selain itu, serangan tentera Israel mengakibatkan 140 wartawan maut, manakala 17,000 kanak-kanak di Gaza hidup tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa.

“Masih terdapat 11,000 orang yang cedera dan memerlukan rawatan segera di luar negara, dan 10,000 pesakit kanser berdepan bahaya kematian akibat perkhidmatan kesihatan yang tidak mencukupi,” katanya.



Tempat perlindungan yang sesak dengan menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal melaporkan, 1,089,000 kes penyakit berjangkit dan lebih 8,000 kes Hepatitis A.

Lebih 60,000 wanita hamil di Gaza tidak dapat menerima rawatan kesihatan, dan 350,000 orang yang menghidap penyakit kronik berisiko mati kerana kekurangan ubat, menurut laporan itu.

Ia menambah, tentera Israel menahan lebih 5,000 rakyat Palestin sejak serangan awalnya ke atas Gaza.Lebih 70,000 rumah musnah sepenuhnya dan sejumlah 290,000 rumah rosak serta tidak boleh didiami, menurut pejabat media. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV



“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga



Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker