Kaki seorang nenek hancur digilis bas ketika melintas

Mangsa meraung kesakitan ketika dikerumuni orang ramai.

Seorang pemandu bas berusia 41 tahun di Singapura ditahan akibat kecuaian selepas melanggar seorang nenek berusia 69 tahun ketika mangsa melintas jalan berhampiran Menara Golden Mile, lapor laman berita Mothership semalam.

Polis dimaklumkan mengenai kemalangan di simpang Jalan Sultan dan Beach Road pada pukul 9.05 malam (waktu tempatan), 30 Mac lalu.

Ketika kejadian, pemandu tersebut bersiap sedia untuk mengambil penumpang dari sebuah hotel dan mendakwa tidak biasa dengan kawasan tersebut.

Dia berhenti di lampu isyarat merah dan hendak membelok ke kanan. Ketika lampu bertukar hijau, dia terlanggar mangsa tanpa disedari.



Hanya selepas orang yang lalu lalang mula menjerit dan mengetuk bas itu, barulah pemandu tersebut sedar bahawa dia telah melanggar seorang pejalan kaki.

Sebaik sahaja melihat kaki wanita itu tersepit di bawah tayar, pemandu tersebut masuk semula ke dalam bas untuk mengalihkan kedudukan tayar. Kaki mangsa mengeluarkan darah dengan banyak dan dia meraung kesakitan.

Polis kemudian menghantar mangsa ke hospital manakala pemandu bas itu ditahan kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan parah. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker