Statistik tidak menipu – TMJ

Statistik tidak menipu – TMJ

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bahawa Harimau Selatan akan tampil sebagai pasukan yang lebih kuat musim depan.

Skuad kendalian Esteban Solari mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut selepas menewaskan PDRM 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.



Kejayaan itu menyaksikan Harimau Selatan terus melebarkan rekod pasukan yang memenangi gelaran Liga Super paling banyak selain mencipta sejarah mempertahankan kejuaraan selama sedekad sejak 2014.

Bukan itu sahaja, JDT juga mencipta rekod lain musim ini apabila muncul pasukan paling banyak meledak gol Liga Super dalam semusim dengan mengumpul 86 gol dan meledak 122 jaringan bagi semua pertandingan.

Kejayaan menewaskan PDRM turut membolehkan skuad itu muncul pasukan paling lama tidak tewas dalam aksi liga iaitu sepanjang 56 perlawanan.

Sambil berkongsi data rekod itu di laman Instagram miliknya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat catatan: “Saya fikir tahun depan kami akan lebih kuat dari tahun ini”.



Menerusi laman sama di ruangan Instastory, TMJ turut memuat naik senarai pemenang trofi Liga Super sejak saingan itu diperkenalkan pada 2004 dengan menulis: “Statistik tidak menipu, selamat datang ke zaman profesional”.

Musim ini menjadi musim paling cemerlang buat JDT selepas kejayaan mereka mencipta beberapa rekod baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Selepas berjaya menyelesaikan misi mempertahankan trofi Liga Super selama sedekad, Harimau Selatan kini boleh menyamai rekod Kedah yang menjulang kejuaraan ‘trebel’ dua kali berturut-turut pada 2007 dan 2008 sekiranya berjaya memenangi Piala Malaysia. BH

Statistik tidak menipu – TMJ



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



Pentas akhir AGT: Putri Ariani hanya dapat tempat ke-4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker