PH-BN berupaya ambil alih Terengganu

PH-BN berupaya ambil alih Terengganu

MARANG: Terkenal dengan jolokan ‘giant killer’ kerana berjaya menewaskan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dua kali di Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Rahman Bakar, optimis BN mampu meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Menurutnya, PRN dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlainan suasana dan beliau melihat PRN kali ini BN mampu meraih sama ada tiga, dua atau satu kerusi di setiap Parlimen.



Beliau menjangka Parlimen Besut mungkin PH-BN mendapat tiga kerusi, masing-masing dua kerusi di Setiu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kemaman manakala satu di Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

Katanya analisis yang beliau lakukan kerusi yang bakal dimenangi BN (14) kerusi dan PAS (14), manakala empat kerusi lagi adalah 50-50.

“Saya lihat kerusi DUN Alor Limbat, Ladang, Kemasik dan Chukai sebagai empat kerusi yang memainkan peranan atau penentu dalam PRN kali ini.

“Sebagai contoh, kerusi Kemasik, mempunyai isu besar mungkin ada kejutan nanti,” katanya yang pernah menjadi Ahli Parlimen pada tahun pada 1986 dan 2004.



Menurutnya, landskap politik kini sudah berubah dan ia terbukti apabila gabungan PH-BN dan PN mewujudkan gabungan besar dalam politik negara.

Katanya, rakyat perlu melihat kepada pemimpin yang boleh membela nasib mereka selain selari dengan pentadbiran antara negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata, jika Kerajaan Pusat dan negeri ditadbir oleh pasukan sama, sudah tentu sebarang gerak kerja mudah dilakukan.

“Istilah 32-0 (menang kerusi) yang dimainkan pihak sebelah sana (PN) mungkin angan-angan kerana masing-masing mempunyai kubu kuat yang pasti akan dipertahan,” katanya. BH



PH-BN berupaya ambil alih Terengganu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal



Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker