Sah gugur, terima kasih buat Ahmad Yaakob dan Nik Amar

Selepas menawarkan wajah-wajah ‘baru’ untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya negeri (PRN) di Kelantan esok, PAS terus mengundang teka-teki apabila menyatakan penghargaan atas khidmat dua pemimpin utama mereka sekarang.

Melalui kenyataan awam di media sosial, PAS mengucapkan penghargaan parti itu kepada Ahmad Yakob dan Mohd Amar Abdullah yang masing-masing sebelum ini menjadi menteri besar serta timbalan menteri besar Kelantan.

Ahmad sudah menyatakan pendiriannya untuk menjadikan PRN kali ini sebagai penggal terakhirnya berkhidmat sebagai wakil rakyat.



Bagaimanapun Mohd Amar tidak ada memberi bayangan untuk mengendurkan langkah politiknya, terutama dengan keduduannya sebagai timbalan menteri besar.

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dato’ Haji Ahmad Yakob, mantan Menteri Besar Kelantan dan Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah, mantan Timbalan Menteri Besar Kelantan atas jasa dan sumbangan sepanjang 10 tahun membangunkan negeri Kelantan,” kata kenyataan tersebut.

Sepanjang tempoh sedekad berkhidmat dalam kerajaan negeri, PAS berkata, pelbagai pencapaian dicapai Kelantan dan dapat dinikmati oleh rakyat setempat.

“Dalam tempoh 33 tahun ini, PAS Kelantan berjaya membuktikan bahawa dasar Islam mampu memandu sebuah kerajaan,” kata PAS.



Serah kepada sultan

Tengah hari tadi Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai cadangan parti itu membawa perubahan kepimpinan kerajaan negeri sekiranya PN terus diberi mandat daripada pengundi.

Takiyuddin berkata keputusan mesyuarat harian PAS mencadangkan untuk menukar kepimpinan bagi jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar di Kelantan.

“Perubahan gabungan menteri besar dan timbalan menteri besar sekarang bagi negeri Kelantan dengan mengemukakan seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan ampun perkenan Sultan Kelantan.



“Bagi gabungan jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar Kelantan yang akan ditawarkan selepas PRN nanti tidak dinamakan bagi menghormati mandat rakyat dan kuasa mutlak Sultan Kelantan dalam pelantikan jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar,” katanya dalam sidang media khas berkenaan.

Takiyuddin yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu turut mengumumkan cadangan PAS untuk mengekalkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai menteri besar Terengganu dan Muhammad Sanusi Md Nor di Kedah.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada mandat rakyat dalam PRN dan perkenan sultan negeri masing-masing.

Untuk rekod Ahmad yang juga penyandang dan calon dewan undangan negeri (DUN) Pasir Pekan dilantik sebagai menteri besar Kelantan pada 6 Mei 2013 bagi menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Nik Abdul Aziz memilih untuk bersara selepas 22 tahun menjadi menteri besar (sejak 1990) dan dia meninggal dunia pada 12 Feb 2015.

Mohd Amar pula dilantik sebagai timbalan menteri besar bagi menggantikan posisi dikosongkan Ahmad ketika itu.

Walaupun kebiasaannya penyandang jawatan timbalan menteri besar akan dilantik mengisi tempat yang lebih tinggi, ada juga khabar-khabar angin ada tokoh lain yang akan dipilih untuk menggantikan Ahmad selepas PRN berakhir esok.

Mohd Amar yang juga salah seorang naib presiden PAS sering mengundang perhatian dengan kenyataan-kenyataan bersahajanya, terutama melibatkan isu di Kelantan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis



Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker