Siti Dhia ditemukan selamat, jalan berseorangan di lot kedai awal pagi

Siti Dhia

Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, ditemukan selamat awal pagi tadi.

Siti Dhia Batrisyia dijumpai oleh anggota daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, ketika berjalan berseorangan di kawasan lot kedai di Sri Rampai, di sini, pada jam 2.28 pagi.

Perkara itu disahkan oleh Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, iaitu ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Perumahan Awam Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini.

Ketika dihubungi Bernama, Syarifah Rosfazila berkata, penemuan anaknya itu dimaklumkan kepada beliau oleh Unit Rondaan Kawasan Rukun Tetangga Sri Rampai.



“Siti Dhia Batrisyia telah diserahkan kepada saya. Ketika ini, kami berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi urusan pemeriksaan kesihatan ke atas anak saya ini,” katanya.

Terdahulu, beliau turut kongsikan berita melegakan itu dalam kemas kini terbaharu di Facebook pada jam 6.45 pagi tadi.

“Allahuakbar… Allah Maha Besar. Dengan segala doa-doa serta pertolongan daripada semua orang, anak saya, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, telah dijumpai dengan selamat. Kami jumpa dia berjalan berseorangan pada jam 2.28 pagi,” katanya.

Syarifah Rosfazila sekali gus menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak, termasuk pasukan polis IPD Dang Wangi atas usaha mengesan anaknya itu.



Semalam, BH Online melaporkan, polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung kehilangan Siti Dhia Batrisyia, membabitkan ahli keluarga serta beberapa rakan kanak-kanak itu.

Syarifah Rosfazila sebelum ini dipetik berkata, anak sulungnya itu didapati tidak pulang selepas keluar rumah pada hari kejadian.

Beliau berkata, perselisihan faham yang berlaku antara mereka berdua dipercayai menjadi punca anaknya itu bertindak keluar rumah sebelum dilaporkan hilang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida



Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker