Kerajaan nafi ‘kawtim’ dengan pembangkang

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan dakwaan kerajaan sudah menawarkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) kepada pembangkang seperti didakwa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

“Saya tak tahu pasal tawaran CSA itu. Mereka (pembangkang) patut jumpa saya Selasa lalu tapi saya dimaklumkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) minta tangguh atas sebab ada hal penting di Kota Bahru ,” kepada kepada BH.

Kelmarin, Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Noor mendakwa kerajaan menawarkan CSA kepada ketua pembangkang Hamzah Zainudin sebagai balasan untuk peruntukan bagi kawasan PN.



Syarat untuk peruntukan ketat

“Sudah ada tawaran tandatangan untuk menyokong. Ada syarat-syaratnya. Kalau cakap macam itu (beri sahaja peruntukan) tidak mengapa, masalahnya ada syaratnya. Kalau syaratnya ketat bagaimana?” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Khlir turut menyatakan ahli parlimen pembangkang tidak bercadang untuk bertemu dengan Fadillah berhubung peruntukan itu selagi kerajaan mengenakan syarat.

Fadillah diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan untuk wakil rakyat mereka, namun PN dikatakan menghentikan rundingan pada November tahun lalu kerana mendakwa kerajaan meminta jaminan tertentu.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat November lalu turut menyatakan sokongan yang dinyatakan kepada beliau bukan syarat untuk peruntukan sama rata diberikan kepada ahli parlimen dan beliau tidak menyekat peruntukan untuk wakil rakyat.

“Apa yang saya mahu peraturan itu dihormati dan mengadakan perbincangan untuk peruntukan seperti yang dilakukan semasa pentadbiran dahulu.

“Tiada pra-syarat atau syarat bahawa sokongan mesti diberikan kepada perdana menteri,” katanya.

Ketika ini enam Ahli Parlimen PN menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar dan ada antaranya menyatakan sokongan diberikan atas alasan untuk kepentingan pengundi dan pembangunan di kawasan masing-masing termasuk mendapatkan peruntukan untuk kawasan parlimen diwakili mereka.



Enam Ahli Parlimen PN berkenaan adalah Ahli BERSATU iaitu Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka



Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker