PN kuasai utara Selangor, tawan sembilan daripada 12 kerusi

Perikatan Nasional (PN) menguasai utara Selangor dengan memenangi sembilan daripada 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ia melibatkan kerusi N.02 Sabak; N.05 Hulu Bernam; N.07 Batang Kali, N.08 Sungai Burong; N.09 Permatang; N.10 Bukit Melawati; N.11 Ijok dan N.12 Jeram.

Semua kawasan tersebut dimenangi dengan majoriti jumlah undi masing-masing iaitu 4,215; 669; 6,842; 2,978; 1,728; 877; 907 dan 5,308.



Calon yang memenangi kerusi itu adalah Nurul Syazwani Noh bagi DUN Permatang;  Sallehen Mukhyi (Sabak); Razali Saari (Sungai Panjang); Muiz Mahyuddin (Hulu Bernam) dan Muhaimin Harith (Batang Kali).

Turut menang, Dr. Mohd. Zamri Mantop (Sungai Burong); Azley Yahya (Bukit Melawati); Jefri Mejan (Ijok) dan Harrison Hassan (Jeram).

Manakala, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memenangi tiga kerusi utara Selangor iaitu N.01 Sungai Air Tawar; N.04 Sekinchan dan N.06 Kuala Kubu Baharu.

Kesemua calon masing-masing memperoleh undi 846; 4,018 dan 4,119. Mereka ialah Datuk Rizam Ismail; Ng Suee Lim dan Lee Kee Hiong.



Secara keseluruhannya, PN memenangi 22 kerusi DUN di Selangor manakala PH-BN kekal mentadbir dengan 34 kerusi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker