Fadhlina jawab sindiran MP PAS, Saya mengajar 10 tahun di UKM

Menteri pendidikan meminta jangan pertikaian pengalamannya tidak pernah menjadi guru kerana beliau pernah mengajar di UKM selama 10 tahun.

Fadhlina jawab sindiran MP PAS, Saya mengajar 10 tahun di UKM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membidas Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki selepas disindir di Dewan Rakyat kerana tidak mempunyai pengalaman menjadi guru.

Fadhlina berkata walaupun tidak pernah menjadi guru tetapi beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun mengajar satu kursus diploma di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



“Tak baik kata saya begitu (Parit Buntar). Saya nak beritahu Parit Buntar begini.. saya memang bukan guru, tetapi saya ada pengalaman mengajar 10 tahun di kursus diploma pentadbiran kehakiman dan guaman syarie di UKM,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan.

Terdahulu, Misbahul yang merupakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meminta Fadhlina supaya cuba menjadi guru dalam tempoh seminggu, bagi memahami bebanan yang dihadapi oleh golongan itu.

Misbahul berkata bebanan guru di sekolah amat berat kerana perlu mengurus isu pengurusan, pembelajaran, sukan, peperiksaan, aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sehingga ada diantara mereka terpaksa membawa pulang kerja-kerja tertangguh ke rumah.

“Menteri pendidikan mungkin tiada pengalaman jadi guru, kalau boleh masuk sekolah ajar selama seminggu cukup, baru tahu.



“Jangan buat-buat praktikal, macam praktikal mengajar di dewan Parlimen, buat kita macam murid-murid. Masuk sekolah, rasainya bagaimana peritnya dan deritanya guru-guru menanggung beban yang sangat berat,” katanya.

Fadhlina juga meminta Misbahul tidak mempertikaikannya mengenai soal tidak pernah menjadi guru atau memintanya berlakon menjadi guru.

“Saya mengajar (dalam bidang) hakim syarie, pendakwa syarie dan peguam syarie. Jadi tak perlu pertikai soal saya nak berlakon nak mengajar. Jangan begitu,” katanya. FMT

Fadhlina jawab sindiran MP PAS, Saya mengajar 10 tahun di UKM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana



Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker