Dos penggalak untuk 40 tahun ke atas

Dos penggalak untuk 40 tahun ke atas

Suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 akan diperluaskan kepada individu berusia 40 tahun ke atas mulai hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, orang ramai akan menerima janji temu melalui MySejahtera bagi mendapatkan suntikan berkenaan.



“Sekarang ini kita dah mula program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Booster atau dos penggalak kepada penduduk di Malaysia.

“Mereka yang layak ialah berusia 40 tahun dan ke atas dan juga mereka yang mempunyai komorbiditi.

“Mereka menerima janji temu melalui MySejahtera,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter.

Khairy turut menggesa orang ramai yang sudah menerima janji temu menerusi MySejahtera untuk hadir pada tarikh dan masa ditetapkan.



“Apabila terima janji temu melalui MySejahtera, tolonglah hadir untuk mendapatkan dos penggalak anda. Ini akan meningkatkan perlindungan kita terhadap COVID-19,” katanya.

Program pemberian dos penggalak yang bermula 13 Oktober lalu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap imunisasi yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas mendapat dos lengkap dan bertujuan memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19.

Sebelum ini, Khairy mengumumkan penerima dos ketiga meliputi petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan termasuk pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan serta individu dengan komorbid. FMT

Dos penggalak untuk 40 tahun ke atas




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker