Keluarga Palestin serahkan wang kertas era Uthmaniah 106 tahun

Keluarga Palestin serahkan wang kertas era Uthmaniah 106 tahun

BAITULMUQADDIS: Sebuah keluarga Palestin dari Tebing Barat yang menyimpan sejumlah wang kertas era empayar Uthmaniah selama 106 tahun dilaporkan menyerahkan semula kepada kerajaan Turki.

Menurut agensi berita Wafa, wang tersebut ditinggalkan oleh seorang tentera Turki semasa Perang Dunia Pertama.



Lapor Middle East Monitor, keluarga Al-Aloul menyerahkan wang kertas tersebut dalam satu majlis rasmi diadakan di ibu pejabat Gabenor Nablus.

Wang kertas itu diterima oleh Konsulat Jeneral Turki di Baitulmuqaddis, Ahmet Riza Demirer.

Demirer mengucapkan terima kasih kepada keluarga Al-Aloul kerana menjaga dengan baik wang kertas itu selama lebih seabad.

Sementara itu, seorang ahli keluarga Al-Aloul, Ismail berkata, dia mewarisi amanah berkenaan daripada datuknya, Omar dan abang kepada datuk, Mutee yang menerima wang kertas tersebut sebelum tahun 1917.



“Mutee pergi bersama tentera Turki itu ke medan perang dan meninggalkan sejumlah wang kepada datuk saya.

“Tiada sesiapa kembali selepas itu, namun datuk saya memilih untuk menyimpan wang kertas tersebut yang diserahkan kepada ayah dan kemudian kepada saya,” katanya. FMT

Keluarga Palestin serahkan wang kertas era Uthmaniah 106 tahun


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker