Remaja Terselamat Dari Hilang Selepas Tiru Isyarat Tangan ‘Dalam Bahaya’ Dari TikTok

Remaja Terselamat Dari Hilang Selepas Tiru Isyarat Tangan ‘Dalam Bahaya’ Dari TikTok

SEORANG remaja yang dilaporkan hilang berjaya diselamatkan selepas dia menggunakan isyarat tangan yang tular di TikTok untuk menunjukkan bahawa dia berada dalam bahaya dan memerlukan bantuan.

Remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Utara Carolina itu ditemui di Kentucky pada Khamis selepas seorang wanita yang sedang menaiki sebuah lagi kereta dihadapan terlihat insyarat tangan tersebut serta bertindak menelefon polis.

Isyarat tangan tersebut – gabungan tiga gerakan tangan yang memberitahu bahawa ada “keganasan di rumah,” “Saya perlukan bantuan,” dan “keganasan rumah tangga” – telah tersebar di TikTok sebagai cara untuk membantu mangsa penderaan.

Menurut Pejabat Sheriff Daerah Laurel, penyiasat yang tiba di tempat kejadian mendapati pemandu, Herbert Brick berusia 61 tahun, memiliki gambar remaja itu sedang melakukan aksi seksual.

Remaja itu pertama kali dilaporkan hilang oleh ibu bapanya di Asheville, Utara Carolina, pada hari Selasa.

Penyiasat mendapati bahawa Brick telah memandu bersama gadis itu ke Ohio, namun segera meninggalkan tempat itu apabila saudara maranya menyatakan kebimbangan mengenai usia remaja tersebut serta mendapat tahu bahawa dia telah dilaporkan hilang.

Brick kini ditahan kerana memenjara serta memiliki kandungan yang menunjukkan aktiviti seksual oleh kanak-kanak bawah umur, lapor Fox8. – WKYT

Remaja Terselamat Dari Hilang Selepas Tiru Isyarat Tangan ‘Dalam Bahaya’ Dari TikTok

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker