Pelayan Restoran Hanya Dapat RM0.41 Untuk Enam Minggu Bekerja?

Pelayan Restoran Hanya Dapat RM0.41 Untuk Enam Minggu Bekerja?

SEORANG pelayan restoran wanita menjadi topik perbincangan hangat gara-gara tindakannya mendedahkan slip gaji di media sosial.

Menerusi tangkap layar (screenshot) yang dikongsikannya di aplikasi TikTok, Liny yang menetap di Nashville, Amerika Syarikat, mendedahkan dia hanya memperoleh $0.01 (RM0.41) untuk tempoh enam minggu ‘bekerja’.



Dia menunjukkan cek yang didakwa diterima dari tempat kerjanya yang bertarikh dari 30 Ogos hingga 27 September.

“Ini adalah enam minggu ‘gaji’,” tulisnya dalam video tersebut.

Dua cek pertama ditunjukkan sebagai $0.00 dan yang ketiga menunjukkan jumlah $0.01

Video tersebut menjadi tular dan menarik lebih 10,000 komen di mana rata-rata pekerja restoran menjelaskan slip gaji tersebut secara terperinci.
Seorang berkata: “Jika anda mendapat cek $0.00, itu bermakna pelanggan memberi tip kepada anda!”



“Tetapi berapa banyak tip yang anda dapat? Anda tidak memberitahu kami keseluruhan cerita. Jika anda mendapat banyak tip, restoran tidak perlu membayar anda,” komen seorang yang lain.

Rata-ratanya berang dengan Liny dan menuduhnya ‘mengelirukan’ penonton untuk meraih perhatian atau tanda suka (likes).

Menjawab kecaman tersebut, pelayan itu berkata: “Saya tidak pernah berkata saya tidak dapat wang, sejujurnya saya dapat lebih daripada gaji.



“Dan bila pula saya kata saya tidak mendapat tip?” katanya lagi – Dailystar

Pelayan Restoran Hanya Dapat RM0.41 Untuk Enam Minggu Bekerja?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga



Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker