Muhyiddin kata PN menang 6-0 jika 90 peratus Melayu keluar mengundi

Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan

Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan selain mengekalkan Kedah, Kelantan dan Terengganu jika 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi Sabtu ini.

Kedudukan semasa adalah 3-3 apabila PN menguasai Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mentadbir Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.



Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan pengalaman dalam pilihan raya sebelum ini, kerap kalinya peratusan kaum Melayu yang keluar mengundi masih rendah.

“Pengamatan kita dan rekod mendapati kira-kira 30 peratus pengundi Melayu tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Angka 30 peratus itu adalah jumlah undi yang besar dan ia boleh menentukan parti mana menubuhkan kerajaan,” katanya berucap pada Sembang Santai di Pangkalan Nelayan Kuala Chenang di sini, petang ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BERSATU Kedah, Datuk Suhaimi Abdullah dan calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Ahmad Pared Mahamud.



Muhyiddin berkata, pilihan raya adalah teras kepada amalan demokrasi dalam negara untuk memilih pemimpin dan kerajaan.

“Kalau jumlah yang keluar mengundi semua kawasan ramai pada PRU15 lalu, kita yakin PN sudah boleh tubuh kerajaan Pusat,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker