Neelofa Masih Menjadi Pilihan Syarikat Antarabangsa

PU Riz Syukur Isteri Diterima Meski Sudah Berniqab & Tutup Aurat

Neelofa Masih Menjadi Pilihan Syarikat Antarabangsa

Neelofa Masih Menjadi Pilihan Syarikat Antarabangsa
Neelofa Masih Menjadi Pilihan Syarikat Antarabangsa

Figura terkenal Neelofa menjadi selebriti pertama tempatan pilihan syarikat antarabangsa Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan itu di seluruh dunia.

Neelofa, 34, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, pemilihannya sebagai ‘co host’ Airbnb itu dimulakan dengan kempen Rumah Terbuka Raya Airbnb yang bakal berlangsung di Sekebun Bunga, Batang Kali, Selangor pada 20 hingga 22 Mei ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi ‘co host’ pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. Insya-Allah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat lain pula.



“Seperti kita tahu, Airbnd ini ada di seluruh dunia. Jadi, ini peluang terbaik apabila dipilih bekerjasama dengan mereka. Kebetulan saya pun suka ‘travel’.

“Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi host bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Sophia Albarakbah Mula Terbuka Bawa Kekasih Ke Majlis




Neelofa Masih Menjadi Pilihan Syarikat Antarabangsa

Neelofa Masih Menjadi Pilihan Syarikat Antarabangsa

Neelofa Masih Menjadi Pilihan Syarikat Antarabangsa

 



Sementara itu, suami Neelofa, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkata, dia bersyukur kerana isterinya masih diterima baik biarpun sudah tampil berniqab.

“Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa.

“Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antabangsa memandang wanita Muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka.

“Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya,” katanya lagi.



Rumah Terbuka Raya sulung Airbnb di Sekebun Bunga itu boleh memuatkan hingha tujuh orang. Penginapan untuk dua malam itu menawarkan  harga istimewa.

 

Neelofa Masih Menjadi Pilihan Syarikat Antarabangsa


Baca Artikel Menarik:

‘Influencer’ Dakwa Ditipu RM180 ribu Dengan ‘Wedding Planner’, Hotel Tahan Makanan Tetamu & Tak Boleh Masuk Bilik [VIDEO]



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker