Ibu kejam tikam bayi

Ibu kejam tikam bayi

Seorang ibu dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 20 tahun selepas didapati bersalah kerana menikam bayi lelakinya sehingga mati.

Memetik laporan Belfast Live, Hakim Donna McColgan KC telah menjatuhkan hukuman terhadap wanita berusia 31 tahun itu di Mahkamah Crown Belfast, Ireland Utara.



Dalam kejadian pada 27 Julai 2021, wanita itu juga didakwa menikam anak perempuannya yang berusia dua tahun setengah. Kanak-kanak perempuan itu dilaporkan selamat, bagaimanapun adiknya yang berusia lapan bulan meninggal akibat ditikam di bahagian jantung.

Wanita berkenaan menafikan tuduhan dan cubaan membunuh walaupun mengakui telah menikam anak-anaknya.

Dalam pada itu, hakim juga menerima bahawa wanita tersebut berkemungkinan mengalami kemurungan semasa kejadian.

Saya telah membuat kesimpulan bahawa dia adalah seorang pesalah berbahaya di dalam terma perundangan.



Menurut Inspektor PSNI Gina Quinn, ketika kejadian pihak polis telah dihubungi dan mereka menemui wanita itu bersama dua anaknya yang cedera.

Bayi lelaki yang baru berusia lapan minggu itu mengalami dua kesan tikaman di dadanya.

Paramedik telah memindahkan bayi ke hospital tetapi tragisnya dia disahkan meninggal dunia lewat petang itu.

Kanak-kanak perempuan itu juga telah ditikam di bahagian dada dan telah dipindahkan ke hospital serta dilaporkan terselamat.



Dalam satu kenyataan, bapa kepada kedua kanak-kanak itu berkata dia terkilan kerana tidak sempat melihat anak lelakinya membesar.

Kata-kata tidak dapat menggambarkan apa yang telah saya dan keluarga alami.

Kami takkan pernah dapat melihat anak kami membesar, tetapi kami sama sekali tidak akan melupakannya.
Sumber: Belfast Live

Ibu kejam tikam bayi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker