Peniaga Mekah rancak tawar diskaun selepas wukuf

MEKAH – Suasana selepas musim haji di kota ini kian rancak apabila peniaga mekah berdekatan hotel jemaah Malaysia berlumba-lumba menawarkan diskaun kepada orang ramai sebelum mereka berangkat pulang secara berperingkat semalam.

Seorang peniaga pakaian dan cenderamata, Fawaz Ahmad, 60, berkata, dia tidak menang tangan melayan kehadiran pelanggan ke kedainya selepas jemaah pulang dari berwukuf di Arafah.

Katanya, sebelum ini kedainya sering dikunjungi pelanggan tetapi jumlahnya meningkat sekali ganda apabila tiba hari jemaah Malaysia dijangka pulang.



“Kami menawarkan diskaun antara 20 (RM24) hingga 35 riyal (RM43) untuk pakaian terpilih dan baharu selain menjual secara pukal empat pakaian 100 riyal.

“Taktik ini menjadi dan kedai kami dikunjungi pelanggan bertali arus. Saya terpaksa mendapatkan bantuan pekerja tambahan untuk melayan jemaah,” katanya di sini semalam.

Menurut Fawaz, selain menjual pakaian dan cenderamata, dia juga ada menyediakan hotel serta bilik sewa untuk jemaah yang ingin menggunakannya dalam tempoh yang singkat.

Tambahnya, hotelnya terletak berdekatan Menara Jam di Masjidilharam dan hanya dibuka sepanjang musim haji.



Fawaz berkata, pemberian diskaun adalah perkara biasa buat peniaga sepertinya lebih-lebih lagi selepas wukuf yang menyaksikan jemaah menabur riyal bagi membeli hadiah buat anak, cucu dan kenalan di Malaysia.

“Antara yang laku ialah sejadah Madinah, abaya permaisuri, jubah lelaki dan cen­deramata. Abaya ini direka dan dijahit sendiri oleh kami di kilang berdekatan,” ujarnya.

Peniaga lain dari Yaman, Sulaiman Abduh, 26, berkata, pe­langgan yang datang akan menyebut ‘Fi tahfidh’ (ada diskaun) untuk meminta potongan harga daripadanya.

“Saya sudah berpuluh tahun berniaga di sini dan sudah lali dengan suasana seperti ini. Peng­hujung musim haji merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu kerana kebanyakan jemaah akan berbelanja selepas membuat tinjauan sebelum mereka berwukuf,” katanya.



Menurut Sulaiman, perkataan halal, bismillah dan akhir kalam juga merupakan taktik jemaah untuk meminta potongan harga.

“Jika pandai pilih dan pujuk, mereka akan dapat diskaun yang tidak disangka kerana kami ingin menghabiskan stok kebanyakan barangan yang ada,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker