Tanah runtuh: Operasi mencari diteruskan hingga 4 pagi

Operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali akan diteruskan hingga 4 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan cuaca sebelum operasi SAR seterusnya disambung semula pada 9 pagi.

“Operasi SAR sembilan lagi mangsa tanah runtuh itu tetap akan diteruskan walaupun keadaan cuaca hujan dan persekitaran yang mencabar,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian malam ini.



Beliau berkata operasi itu disertai lima agensi utama antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang memiliki kepakaran menguruskan bencana terutama pada waktu malam.

Katanya beliau yakin dengan kepakaran dan kerja keras semua agensi yang terlibat malam ini, lebih ramai mangsa dijangka ditemukan esok pagi.

Timbalan Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail pula berkata seramai 135 anggota akan bertugas malam ini hingga pagi esok.

“Dari segi penugasan anggota, kita akan buat penggantian supaya perjalanan operasi tidak terjejas dan semua anggota yang masuk ke kawasan pencarian dipastikan berada dalam keadaan bersedia,” katanya.



Setakat 9 malam ini, sembilan mangsa masih hilang manakala 24 lagi disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi itu.

Tinjauan Bernama malam ini mendapati hujan renyai di lokasi kejadian tidak menghalang anggota keselamatan menjalankan tugas.

Selain itu, puluhan pengamal media masih berkampung di situ bagi melaporkan perkembangan terkini operasi SAR mangsa.

– Bernama



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker