Tanah runtuh: Pencarian seorang ayah berakhir, anak perempuannya jadi mangsa korban

SUNGAI BULOH: Pencarian berakhir dengan khabar duka, begitulah gambaran situasi seorang waris mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali, apabila menantunya disahkan antara yang terkorban.

Waris tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Choo sebelum ini dilaporkan berkata, sejak awal pagi semalam dia mencari menantu perempuannya yang ketika itu masih belum dapat dijejaki.

Berita duka itu dimaklumkan oleh salah seorang sukarelawan yang enggan dinamakan kepada FMT. Ketika maklumat diterima, sukarelawan itu memaklumkan pihak keluarga dalam proses menuntut mayat mangsa.



Choo dilihat tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 12 tengah hari bagi proses pengecaman mayat.

Sehingga kini, 61 mangsa terselamat dan 24 meninggal dunia dalam kejadian itu, manakala sembilan mangsa lagi masih hilang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker