Tunggakan data kematian sudah selesaikah?

Tunggakan data kematian sudah selesaikah?

Ahli Parlimen Iskandar Puteri daripada DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sama ada sudah menyelesaikan masalah backlog case atau kes kematian daftar terdahulu.

Hal itu berikutan sebelum ini jumlah kematian yang mencatatkan rekod sangat tinggi sehingga lebih 500 kes namun sebenarnya jumlah kematian adalah lebih rendah daripada itu.



“Sudahkah kita (Kementerian Kesihatan) menyelesaikan masalah tunggakan (backlog) dalam pengurusan mayat di hospital awam?

“Dan jika tidak (selesai), bilakah ia akan diselesaikan? Khairy tidak boleh lagi mengelak untuk menjelaskan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

12 September lalu, berlaku salah faham berkenaan jumlah kematian pada 11 September 2021 yang didakwa sebanyak 592 kes yang sebenarnya hanyalah tunggakan data atau bilangan pelaporan yang termasuk daftar terdahulu.

Bilangan kematian yang dicatatkan mengikut tarikh sebenar pada 11 September hanya 100 kes. Semalam, Malaysia mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 iaitu 106 kes.



Untuk rekod, kes kematian tertinggi negara mencatatkan sebanyak 295 kes pada 7 Ogos lalu dan selepas itu kadar kematian beransur menurun sehingga kini. UTUSAN

Tunggakan data kematian sudah selesaikah?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker