A Aida maafkan Amelia, tapi takkan bekerjasama lagi

A Aida maafkan Amelia, tapi takkan bekerjasama lagi

Penerbit, Datuk A Aida, 53, sudah maafkan pelakon, Amelia Henderson, 27, namun tidak berhasrat bekerjasama dengannya lagi pada masa hadapan.

A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, sepanjang menjadi penerbit, itulah kali pertama dia berdepan pengalaman sedemikian hingga terpaksa ke mahkamah.



“Saya maafkan Amelia, tak marah pun. Tapi, untuk akan datang saya tidak akan bekerjasama dengannya lagi. Sepanjang saya jadi penerbit, ini pertama kali artis menarik diri di saat akhir.

“Tidak pernah seumur hidup saya berlaku perkara seperti ini. Esok nak mulakan penggambaran, hari ini artis menarik diri sehingga terpaksa ke mahkamah untuk mengambil tindakan kerana ia perkara yang tidak boleh diterima,” katanya.

A Aida berharap kes itu akan menjadi pengajaran kepada ramai pihak untuk lebih menghormati kontrak ditetapkan produksi serta bertanggungjawab.

“Bila sudah tandatangan kontrak, maka kena hormat dan jalankan kewajipan. Kalaulah tidak boleh buat, berilah tahu seminggu sebelum, kita boleh bawa berbincang. Ini di saat-saat terakhir, esok nak ‘shoot’ (penggambaran) jam 10 pagi, 8.30 malam baru dapat panggilan.



“Setengah jam saya terpaku, saya macam tidak percaya. Saya tidak sangka ada artis yang sanggup buat macam itu. Saya tidak tahu kenapa, jadi saya cakap dengan peguam mahu saman.

“Saya juga mahu beri pengajaran kepada artis lain supaya jangan main-main. Itulah objektif saya sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, A Aida mengalirkan air mata dan bersyukur selepas menang kes saman pelanggaran kontrak terhadap Amelia di Mahkamah Sesyen Sivil, di sini, hari ini.

Mahkamah memerintahkan Amelia membayar RM213,000 kepada A Aida yang merangkumi kos deposit, ganti rugi am fitnah, ganti rugi kos penggambaran dan kos tindakan dengan faedah lima peratus tahunan. HM



A Aida maafkan Amelia, tapi takkan bekerjasama lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker