Pegawai Citibank dipecat kerana dituduh anti yahudi

Citibank memecat seorangpegawainya selepas wanita itu memuat naik komen di laman Instagram yang menyokong pembunuhan bangsa Yahudi semasa peristiwa Holokaus ketika Perang Dunia Kedua, lapor akhbar New York Post semalam.

“Tidak hairanlah mengapa Adolf Hitler (pemimpin Nazi Jerman) mahu menyingkirkan mereka semua (orang Yahudi),” tulis pekerja tersebut, Nozima Husainova, 25, di Instagram Storynya.

Husainova menulis komen itu sebagai tindak balas kepada hantaran mengenai pengeboman sebuah hospital di Gaza yang didakwa didalangi Rejim Zionis.



Bank pelaburan itu mengesahkan bahawa Husainova dipecat selepas mengeluarkan kenyataan itu.

“Kami telah menamatkan pekerjaan orang yang mengeluarkan komen antisemitik (sikap permusuhan terhadap orang Yahudi) di media sosial. Kami mengecam antisemitisme dan semua ucapan kebencian,” kata seorang jurucakap Citibank.

Menurut halaman LinkedIn Husainova yang kini dipadamkan, wanita itu menamatkan pengajian dalam bidang kewangan di Kolej CUNY Brooklyn pada Jun 2021 sebelum mendapat pekerjaan sebagai jurubank peribadi di Citibank. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker