Norman Hakim mohon maaf
Norman Hakim mohon maaf
Selepas mengunci mulut berhubung isu kontroversi membabitkan anak kedua, Marissa Dania Hakim, 18, yang dikaitkan dengan kes penyondol, pelakon Norman Hakim menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran buat mereka sekeluarga.
Menerusi hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Norman meluahkan rasa syukur apabila isu hangat berlanjutan sejak beberapa hari lalu dapat diselesaikan secara tertutup.
“Terima kasih kepada mereka yang prihatin atas ujian buat keluarga saya, baru-baru ini.
“Insya-Allah, gerak hati dari-Nya untuk diselesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf berlaku,” tulisnya.
Dalam perkembangan sama, pelakon Tiga Janda Melawan Dunia itu berlapang dada terhadap segala kritikan warganet berhubung kontroversi yang menimpa anak gadisnya itu.
“Mohon doakan yang baik-baik, 75,000 pengikut baharu yang hadir sejak dua tiga hari ini, saya anggap semua sebagai sahabat ukhuwah dan silaturahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah.
“Saya gembira baca komen anda semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan serta khilaf kami,” luahnya.
Menerusi perkongsian yang sama, pemilik nama lengkap Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, turut memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan kontroversi itu.
“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka utk kembali ke jalan-Nya.
“Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dari-Nya. Lillahita’ala saya sayang semua.
“Mohon jangan terputus silaturrahim kita,” ungkap suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai seorang wanita mendedahkan mengenai gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti jadi penyebab keruntuhan perkahwinannya.
Meluahkan perasaan di platform X, Khamis lalu wanita itu mendakwa gadis yang berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah itu menjadi penyondol rumah tangga dibina selama tiga tahun.
Tambah memburukkan keadaan, wanita itu turut menampilkan bukti resit dan mendakwa gadis itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya.
Bagaimanapun, Marissa tampil mengaku melakukan kekhilafan menerusi Instagram (IG), namun menutup ruangan komen, semalam.
Marissa juga meminta agar ibu bapanya tidak dipersalahkan sehingga menimbulkan kesan buruk. BH
Norman Hakim mohon maaf
Baca Artikel Menarik:
- Waran tangkap terhadap pengerusi tetap Pemuda Bersatu dikeluarkan
- Abby Abadi jumpa keluarga mangsa penyondol
- Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya
- Muda nak keluar, silakan – Adun PKR
- Abby Abadi respon isu anaknya sondol suami orang
- Britney bogel lagi ketika berkuda
- KP Umno taja caruman Perkeso penghantar makanan
- Ustazah Asma tak benar suami kahwin lain
- Sebab Bung Moktar dibebaskan mahkamah
- Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
- Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
- Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mimi Lana kecewa dituduh cium di kelab malam
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri