Subsidi dijangka cecah RM80bilion tahun ini, tertinggi dalam sejarah

Subsidi Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah negara, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul yang memetik angka Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, tanpa subsidi inflasi negara boleh mencecah lebih daripada 12 peratus.

Berbanding negara-negara Asean lain seperti Indonesia dengan kadar inflasi pada (+4.9 peratus), Filipina (+6.4 peratus), Singapura (+7.0) dan Thailand (+7.6 peratus), kadar inflasi Malaysia dianggap rendah.



“Kadar inflasi Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia, sebahagiannya disebabkan oleh pemberian subsidi kita yang tinggi,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kadar inflasi Malaysia ketika ini berada pada 2.8 peratus (Jan-Julai 2022), sejajar dengan sasaran Bank Negara Malaysia pada 2.2-3 2 peratus bagi 2022.

Banyak negara di seluruh dunia ketika ini mengalami tekanan inflasi disebabkan oleh kenaikan input pengeluaran dan harga tenaga.

-Bernama



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker