Semua boleh balik raya – Ismail

Semua boleh balik raya – Ismail

BERA: Kerajaan masih berpegang dengan pendiriannya sebelum ini untuk membenarkan rakyat pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Malah kata perdana menteri, beliau sendiri telah berpesan kepada mereka yang ditemuinya untuk meraikan hari raya bersama keluarga masing-masing selepas dua tahun tidak merayakan perayaan itu di kampung susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.



Ismail berkata, beliau sebagai perdana menteri “lari daripada kebiasaan” dengan tidak mengadakan rumah terbuka di Seri Perdana pada hari raya pertama, yang merupakan kelaziman setiap kali Aidilfitri, bagi memberi peluang kepada rakyat menyambut hari raya bersama keluarga terlebih dahulu.

“Saya sebut pada mereka (yang saya temui) bahawa anak-anak boleh balik beraya tahun ini. Saya percaya ramai yang sudah pulang ke kampung dari hari puasa pertama kerana jalan raya sesak teruk disebabkan ramai yang pulang untuk berbuka di kampung.

“Kali ini, untuk beri peluang orang balik beraya, kita mengadakan Rumah Terbuka Perdana Menteri pada 8 Mei…balik kampung dahulu beraya dengan keluarga kerana sambutan malam sebelum raya memang ditunggu-tunggu untuk bersama membuat persediaan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Petronas kepada golongan memerlukan termasuk golongan miskin, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal di Masjid Al-Muttaqin, Kampung Mengkarak, di sini, hari ini.



Bagaimanapun, dalam keseronokan pulang ke kampung, perdana menteri meminta orang ramai terus melakukan kawalan kendiri walaupun banyak kelonggaran diberikan selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu.

“Walaupun kawalan kendiri tidak diwajibkan, namun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan. Saya berharap masing-masing boleh melakukan kawalan kendiri untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang lain walaupun tiada lagi penjarakan fizikal,” katanya.

Mengulas mengenai sumbangan itu, Ismail berkata sumbangan wang tunai diagihkan hari ini dan esok kepada 4,800 penerima sekitar Parlimen Bera adalah bagi membantu penerima membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya pada 3 Mei ini dan Ismail berkata rumah terbuka di Bera akan diadakan pada 7 Mei di Dataran Kerayong di sini. FMT



Semua boleh balik raya – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker